WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Wednesday, September 15, 2010

CUTI RAYA

Phewwww...Salam Aidilfitri untuk semua yang beragama Islam, yang bersungguh2 berpuasa dan menjadikan Ramadhan bulan yang seberhaknya ia. Salam kemenangan untuk yang berusaha. :D

Penulis rasa hari raya tahun ini cukup releks dan menenangkan. Walaupun banyak masalah yang bertimpa-timpa, apapun, penulis bersyukur masih ada harapan yang ditiupkan Allah, masih ada semangat yang bersemadi di jiwa penulis, untuk meneruskan hidup dimuka bumi Allah ini. Alhamdulillah..raya tahun ini, sederhana sahaja, tetapi menyeronokkan. Julung-julung kalinya [setelah beberapa lama], penulis bersemangat untuk sembahyang sunat Hari Raya [err..] di surau kat kampung. Habis solat, penulis berjumpa dengan kawan2 lama yang sama bersekolah rendah dulu...bestnyerrrr.....[mm..hugs]

Lama juga rasa bercuti, tapi seronoknya cuti. Lama sangat penulis tidak merasa sedemikian. It's really pure. Semakin cuti semakin bersemangat baru. Semakin rasa berkobar-kobar meneruskan perjuangan penulis dalam perniagaan. Semakin rasa tidak sabar-sabar untuk share kan apa sahaja pengalaman penulis. Sepanjang cuti juga penulis belajar menghargai perasaan sendiri, cuba semakin mengenali diri.
It's really good feeling.

Hah. Ada sesuatu yang ingin dikongsikan disini. Penulis dirumah menonton Video Korea bertajuk "My GIRL" . Kisah hidup seorang gadis susah yang tidak tetap tempatnya, bertemu dengan seorang jutawan tampan [memang hensem giler..~_~] yang sangat ego dan berlagak. Penulis tidak akan menceritakan keseluruhan cerita, just cari je video tu kalo nak tengok ye..heheh. The moral yang penulis dapat dari kisah itu, ialah belajar mengenali apa itu 'cinta' yang tidak pernah penulis rasai sekian lama. Juga penulis lihat betapa berusaha nya gadis itu dengan kepayahan kerana kesusahan nya yang bertimpa-timpa disebabkan orang lain, tetapi dia tidak pernah berputus asa untuk hidup dan sentiasa berusaha menceriakan hidupnya dan juga orang-orang disekelilingnya, walaupun diri sendiri terpaksa berkorban banyak perkara.

Really inspiring story.

Photobucket

Tuesday, June 1, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF8)

Tetiba cam melayang pulak dengar lagu karat nih. Okey enjoy..:D Sgt seronok baru balik Osaka, Japan
Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan.mp3

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan