WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Friday, March 19, 2010

Kegagalan dan Usaha

Ada orang kata tak payah usaha, pasti gagal kerana sejarah dahulu memang tak pernah berjaya. Ada orang kata usaha tak semestinya berjaya, jadi tak payah bersusah payah.

Ada orang kata juga, usaha lah, sekurang-kurangnya kita mencuba. Ada orang kata gagal itu biasa, tetapi ada orang tidak boleh terima kegagalan, setiap usaha maksima yang dilakukan, mesti akan berjaya. Tidak semestinya.
Kegagalan dan usaha itu bagi penulis adalah berkembar. Seolah-olah usaha mencari satu formula, tidak semestinya satu yang keluar itu adalah yang terbaik, atau menjadi. Yang paling penting belajar mencipta formula. Bukan berapa kali percubaan, tetapi berapa tinggi nilai formula itu.

Nilai sebuah diri yang dicagarkan bukan ukuran duit atau sanjungan, ia adalah kepuasan sebenar yang bertitik-tolak dari kejernihan hati, menerima segala keputusan Tuhan dengan redha.

Monday, March 8, 2010

Persamaan dan perbezaan

Penulis hari ini berjumpa dengan beberapa character manusia. Sehingga penulis terfikir, agaknya, aku ini adalah gabungan semua characters. Kerana rasanya, semua character manusia-manusia itu ada dalam diri penulis. Ataupun, dengan kata lain, MUNGKIN penulis cuba merasai dan melihat persamaan mereka, dan meletakkan diri penulis di situasi itu. MUNGKIN juga.

Tetapi, untuk merasai tanpa betul-betul melalui sangat sukar sebenarnya, tetapi penulis bukan cuba merasai, bahkan pernah melalui. Mungkin, dalam banyak-banyak sikap dalam diri manusia, penulis boleh simpulkan, jika kita mencari titik persamaan antara mereka, pasti akan ada. Penulis rasa, di situlah terletak nya dimana keharmonian yang diciptakan, dan bukan kebencian dan salah sangka pada sesiapa.

Betapa hebatnya Dia menciptakan, satu juzuk setiap orang pasti ada persamaan dengan yang lain, menjadikan kita saling memahami antara sesama kita, dan menjadikan perbezaan itu sebagai sesuatu yang unik. Bagus nya kita lagi, jika boleh membantu sesama kita, menjadikan persamaan sikap yang tidak baik, jika kita ditakdirkan Tuhan mempunyai akal yang bijaksana, boleh memperbaiki sikap yang tidak baik dalam diri saudara kita yang lain.

Kerana sikap dan perangai kita bukan nya terlukis di atas batu.

Friday, March 5, 2010

TIME IS RUNNING OUT

Sejak akhir-akhir ini penulis rasa masa sangat cepat berlalu. 24 jam yang ada rasanya sangat tidak cukup untuk penulis menyelesaikan segalanya. Banyak perkara perlu difikirkan dan dibuat serentak, orang computer kata multi-tasking. Dalam multi-tasking pun byk lagi perkara yg belum diselesaikan.

Penulis terbayangkan ketika dahulu, bagaimana penulis menghadapi situasi genting ini. Dahulu, ketika setiap hari semakin dekat peperiksaan SPM atau PMR, atau final exam, memang penulis tidak ada tempat pergantungan dan harapan yang lain selain dari menhadap muka kepada Tuhan. MemberitahuNya, bahawa "aku sedang tidak ada masa, bantulah aku".

Baru-baru ini, terasa sangat berat memikul, penulis akhirnya singgah di Masjid UPM, bercucuran air-mata apabila mengadu padaNya." Aku sudah lakukan yang terbaik, selebihnya aku serahkan segalaNya padaMu. Aku tidak ada kuasa lagi. Hati-hati manusia ini Engkau yang memegangnya, maka tetapkanlah hati mereka, bimbinglah mereka di saat aku tiada kuasa lagi membimbingnya, tiupkanlah mereka semangat di saat aku tiada lagi kata-kata untuk mereka.Kuatkan mereka selama mana mereka berpegang dijalanMu ".

Tahajjud malam juga pernah penulis lakukan dahulu, dan akan di ulangi kembali. Bagaimana Allah mengajar kita untuk mengingatiNya, merasai kebesaranNya, meletakkan kita dlm keadaan yang TIADA pertolongan lain selain Dia. 28 March 2010 adalah hari bersejarah, penulis terpilih menjadi speaker undangan syarikat. Pihak HQ telah pun menelefon penulis dan memberitahu intipati secara kasar apa yang patut ada dlm ucapan, dan minta di fax kan ringkasannya. Akhir sekali soalannya " What do u feel about this Fazdliana?" My answer " I feel like to start praying Tahajjud every night." Gelak besar mereka.

Bagi penulis, memberi satu ilmu untuk semua orang di Konvensyen ZonTengah bukan mudah. Penulis ingin apa yang disampaikan bakal diterima dan dijadikan azimat untuk berjaya. Tahajud, pada penulis, adalah sumber kekuatan, pengiktirafan dan kejayaan.