WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Saturday, January 30, 2010

Talk Bersama Jutawan

Macam mimpi jadi kenyataan, jutawan Multilevel berada disebelah penulis. Memberi talk dengan penuh inspirasi. Sepanjang penglibatan penulis, inilah kali pertama, dan penulis rasa, ini bukan yang terakhir.

Tersangat ramai yang datang, sehingga tak cukup kerusi, hoping that everybody get the real benefit inside. Bukan hanya sekadar datang untuk menilai tetapi merasai sendiri aura seorang jutawan, semangatnya dan of course pencapaian sepertinya.

Penulis tidak sempat sangat untuk update blogs, kerana banyak perkara perlu di fikirkan, perancangan bersama downline, kerana semakin ramai perlu dijayakan. Penulis perlu merancang dengan teliti, kerana tak akan sempat untuk keluar bersama setiap seorang, tetapi setiap orang perlu berjaya dan perlu dijayakan.

Hakikatnya menjadi seorang upline sangat seronok, tetapi bebanan tanggungan dan tanggungjawab menjayakan bukan semua orang berkesanggupan. Tetapi jika ingin ikhlas menerima pulangan yang banyak, perlu melakukan perkara yang sangat banyak.

M - Make your decision
A - Act upon decision
S - Stick on the decision

Saturday, January 23, 2010

Time Management

Penulis mengakui, menepati masa sangat penting. Telah membaca tentang disiplin banyak kali menyebut tentang masa. Penulis juga mengakui, tidak suka orang yang tidak menepati masa, kerana penulis tidak suka menunggu.

Pun begitu, untuk menepati masa sangat susah kan?
Untuk menjadi disiplin sangat susah kan?
Untuk mengikis masalah dalam diri ini susah kan?
Untuk menjadi orang yang cemerlang juga sangat susahkan?

Terasa sangat susahnya kerana bidang penulis dulu adalah engineering, of course satu bidang yang boleh dibanggakan jugak ke'susa'han nya, tetapi kalau tengok student engineering, memang tak ada proper attire. Memang main belasah jer masuk kelas jam berapa pun tak mikir. Yang tak masuk kelas pun ada jugak. Yang memang malas pikir pun ada. Tapi, semuanya, kalau ikutkan result SPM, memang kategori pandai-pandai.

Kenapa bila keluar universiti, ada yang kantoi, ada yang dapat CGPA 2 pointer below, ada yang 4 flat, ada juga yang 3 pointer above (penulis termasuk dlm 3 above: biasa-biasa), sedangkan keputusan SPM mereka mungkin ada yng lebih tinggi dari yang lain.

Hakikatnya , mendisiplinkan diri tentang masa memang sangat susah. Meng'komen' orang itu mudah.Jadi, mesti sentiasa mengikis sifat diri yang tidak suka tentang disiplin itu. Perlu mengubah walaupun pahit. Kerana profesional atau tidak kita bergantung kepada Time Management kita.

Thursday, January 21, 2010

Nice to see, hard to handle

Membina dan membentuk orang bukan mudah. Penulis sekarang dalam proses membina group baru, line baru, disamping menjaga dan memperkasa yang sedia ada. Bekerja dengan orang baru memang bagus kerana ramai kenalan baru yang dijumpai, cuma membentuk itu memang sedikit pahit. Kerana setiap orang mempunyai perasaan yang berbeza.

Ada orang tidak boleh ditinggikan suara padanya, dia akan menangis. Ada orang tidak boleh tersalah cakap padanya, dia akan cepat sangat tersinggung. Ada orang yang tak boleh mendengar dengan baik, jadi, cakap banyak pun tak guna, dia tak dengar dan tak boleh reply dengan baik. Ada orang nak buat bisnes tetapi suka mengarah-ngarah dan rasa sangat pandai. Ada orang memang tahu tak pandai, tapi suka memandai-mandai. Macam-macam. Kadang-kadang penulis tergelak sendiri didalam kereta, dan penulis rasa, kereta ini menjadi saksi perjalanan dunia baru penulis yang lebih mencabar.

Untuk ke arah pangkat yang baru, tentulah pengalaman yang baru, citarasa yang baru, perasaan yang baru. Akhir 2010, bakal menyaksikan penulis berada di tahap tertinggi, jika Tuhan izinkan masih bernyawa.

Monday, January 18, 2010

Penyampaian Maksud

Penulis ingin ceritakan sedikit tentang satu character manusia, yang 'percakapan fikirannya' tidak sama dengan apa yang dikatakannya. Ini bukan bermakna 'cakap tak serupa bikin', tetapi satu capability yang kurang iaitu 'gagal menyampaikan maksud/apa yang difikirkan'. Hal ini menyebabkan kekeliruan dan payah untuk memahami orang tersebut atau apa yang ingin diperkatakannya.

Penulis menasihatkan orang sebegini untuk banyakkan membaca buku-buku ilmiah, belajar mengatur ayat dahulu sebelum bercakap dan berfikir lah dengan mudah. Penulis tidak menafikan, ketika dahulu penulis juga mengalami keadaan begitu, tetapi langgangnya tidaklah begitu ketara, kerana penulis berfikir dalam bahasa inggeris, tetapi yang keluarnya ayat bahasa melayu. Sehingga kini, penulis bukan menukarkan cara fikir atau ayat di dalam kepala, tetapi menukarkan ayat yang sama maksudnya menjadi lebih teratur dan boleh difahami.

Idea yang hebat, cara berfikir yang hebat, hanya boleh dirasai dan difahami jika cara penyampaiannya juga hebat.

Sunday, January 10, 2010

A very good day

Nice knowing people, nice seeing people
Nice handling people, nice to see them all excellent

Nice hearing the good news
Nice saying to motivate them
Nice knowing they all happy
Nice thinking about them

I am striving, to get knowing everybody
To make them happy always, and to make them change

I know i will not succeed in every trial,
But then i am satisfied enough if i had the very best trial, the full of me
Trying to make them feel everything, that i feel:-

The pride, the satisfaction, the honored, and the release.

Thanks to everyone, thanks to you because giving me chance to be part of your day

Thursday, January 7, 2010

Pasti Dalam Genggaman

Orang kata "pegang bara api biar sampai jadi arang"
Orang kata " seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"
Orang kata "alang-alang berdakwat biar hitam"

Penulis membicarakan tentang phrasa yang diperkenalkan kepada kita sedari dulu. Memberi makna yang sangat mendalam. Bara api yang panas di pegang sampai jadi arang..Wow.. Bermaksud sesukar mana pun, alang-alang dah pegang, biar ia sampai ke akhirnya. Jangan berputus asa ditengah jalan.

Ramai orang terfikir, melakukan perniagaan adalah untuk orang yang berani mengambil risiko, ada pengalaman, 'otak bisnes', pandai cakap, ada masa dan banyak lagi. Pada penulis, setiap satu yang kita hadapi adalah perkara baru yang perlu dipelajari, sekuat mana azam kita untuk belajar dunia baru itu, menentukan kejayaan kita menerokainya. Penulis juga beranggapan, tidak perlu ada pengalaman untuk melakukan sesuatu, tidak perlu menunggu datangnya 'bakat' baru boleh menerokai. Apa yang penting adalah berniat dan bertawakal, tekad dan bulat semangat, pasti apa sahaja yang kita lakukan akan membuahkan kejayaan.

Penulis teringat dahulu dizaman penulis belajar di Multimedia University. Penulis tidak mempunyai ramai kawan. Tidak ada yang betul-betul sehati sejiwa dengan penulis. Dan itu tidak menjadi masalah kerana penulis tidak suka sangat menunggu kengkawan ini bersiap jika perlu keluar kemana-mana. Selayaknya, masa kita, kita yang tentukan, bukan dibuangkan dengan menunggu 'persiapan' orang yang belum tentu menyumbang apa-apa. Memang penulis berhati batu dan mementingkan diri.

Hakikatnya penulis tidak perlu fikir tentang apa yang orang lain fikirkan tentang penulis. Hanya melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain. Selagi penulis tidak melanggar batas-batas syariat, I will go on. Membuat keputusan untuk berhenti kerja bukan sesuatu yang mudah. Pada hemat orang biasa, sudah gila orang ini. Pada hemat penulis, adakah kita gila jika memberi ruang kepada diri setelah berkhidmat bertahun untuk orang lain, setelah memberi segala masa yang ada setiap hari untuk sebuah syarikat yang belum tentu jika kita sakit akan datang menjaga kita setiap hari sebagai membalas jasa diatas 'keikhlasan' kita bekerja.

Adakah salah kita jika syarikat orang lain tidak maju kerana keluarnya kita dari syarikat itu?
Adakah salah kita jika staff yang kita tinggalkan tidak tahu buat kerja dan terkapai-kapai setelah kita tinggalkan mereka?
Adakah salah kita jika apa yang kita lakukan menjadi buah mulut kritikan orang lain yang dulunya sehati sejiwa dengan kita bekerja bersama di pejabat?

Adakah setiap hari yang berlalu untuk kita atau untuk melihat masa itu tidak pernah dalam genggaman kita

Wow. Sangat kuat perasaan penulis mengatakan, tidak perlu segalanya, yang penting kita buat yang terbaik kepada diri pasti segalanya di hujung jari kita

Saturday, January 2, 2010

The POWER to make you UP

Kita akan merasa lemah jika kita memikirkan untuk menjadi lemah. Kita akan merasa terasing jika kita merasa ingin mengasingkan diri. Kita akan rasa indahnya hidup jika kita cuba merasai kehidupan. Kita akan mencintai segalanya jika kita berkeputusan untuk cuba melakukannya.

Apa sahaja diri kita diwaktu itu, kita yang fikirkan. Bukan orang lain. Bukan takdir. Tetapi hanya diri kita. Sejauh mana kita melihat diri, sejauh itulah kita mengenalinya. Sejauh mana kita kenali, sejauh itulah kita fikirkan diri kita.

Sebab itu ada orang berupaya menaikkan dirinya hanya dengan keupayaan fikirannya. Sebab itu ada orang boleh menjadi lemah dan serendahnya, hanya kerana dia berfikir dia adalah begitu. Begitu lah hakikat kekuatan mental. Tidak dipengaruhi oleh fizikal. Tinggi atau rendah, cantik atau tidak, besar atau kecil, mental itulah yang tinggi nilainya.

Walaubagaimanapun untuk bangkit dari keretakan hati, kelukaan jiwa yang dalam, keruntuhan perasaan, bukan semudah yang disangka. Perlu ada kekuatan jiwa yang hanya Dia yang tahu. Perlu ada mental yang kuat, kerana kelemahan itu Dia yang tahu. Sabarlah dan doalah, semoga dengan kejatuhan terbangkitnya semangat dan ketabahan jitu yang Dia takdirkan sebagai memperkenankan doa kita.

Friday, January 1, 2010

New Year ?

Penulis dimaklumkan ramai yang menuju ke KL untuk menyambut Tahun Baru semalam. Setiap tahun, penulis hairan kenapa orang Melayu kita suka sangat menyambut beramai-ramai. '4..3..2..1..' pam! bunga api melantun...Ruginya duit berjuta-juta bayar incometax, ruginya duit bayar tol..hanya semata-mata untuk melaungkan Tahun Baru!. Ya, ini pendapat penulis yang sangat kritis, ada orang kata "ikut suka la..u tak suka jangan komen.." Okey..ikut suka la, tak suka tak payah dengar atau baca komen orang.

Kalau kita melihat dari sudut yang positive, kemeriahan dan inginkan pengalaman 'merasai' sambutan itu, mungkin ia akan memberi sesuatu yang benefit untuk kita, menghilangkan stress atau satu pengalaman baru untuk kita. Ya, mungkin bagus. Tetapi kita juga mungkin boleh menilai sendiri pengalaman itu berguna untuk apa? Membantu kita untuk bercerita pada generasi muda untuk tidak membuang masa menyambut tahun baru atau berfoya-foya bercampur tanpa batasan selepas itu? Ya, That's maybe a very good reason.

Alkisah tentang sambutan ini, peribadinya, penulis tidak pernah menyambut apa-apa, harijadi ke, anniversary ke, apatah lagi Tahun Baru. Penulis hairan juga melihat orang yang beria-ria menyambut gila-gila, wishing everybody, tetapi kehidupannya tetap tidak berubah dan sama sahaja dari tahun ke tahun. So, what's the point of celebrating? Hanya sekadar memuaskan diri sendiri? Social Life?

Well, perjalanan hidup ini bermula dengan niat, jika niat kita ikhlas sambutan itu untuk kebaikan di jalan yang diredhai Tuhan, so we just proceed. Hakikatnya kita sudah bijak menilai sendiri, tetapi kita kadang-kadang ambil enteng sahaja, menganggapkan masa untuk kita masih banyak lagi, we just enjoy!.

Sayang, hidup akan mati jika jiwa mati. Selamanya bukan boleh bernafas seperti ini, selamanya tidak akan boleh berjalan seperti ini, selamanya tidak mungkin boleh bersuara seperti ini. Perlu sedari, biar berapa banyak pun kesilapan kita, betapa tingginya gunung dosa kita, betapa dalamnya luka hati kita, sentiasa ada Dia menanti, melihat sejauh mana kita boleh pergi, sehingga akhirnya nafas ini di tarik kembali, adakah diwaktu itu hati dan perasaan kita sentiasa bersamaNya atau semakin melupakan asal kejadian dan matlamat penciptaanNya .