WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Wednesday, September 30, 2009

Ingin "Pandai Bercakap"?

Dalam kehidupan kita seharian we cant afford to be "not to talk" for all the minutes of time. Setidak-tidaknya kita bersuara untuk bertanya "di mana berus gigi" atau "selamat pagi" atau pun secebis "hai" pada orang lain. Ada di antara kita juga yang melihat orang yang bercakap tidak henti ada bakat untuk membuat pemasaran atau perniagaan dengan baik dan menidakkan diri dengan berkata pada diri sendiri - ah, aku tidak boleh sebegitu. Memberi satu persepsi buruk kepada diri untuk tidak membuat satu perkara yang sangat menguntungkan.

"Pandai Bercakap" tidak termaktub untuk industri pemasaran sahaja. Sebenarnya, ia adalah kehendak dalam kehidupan. Ia lebih kepada personal touch dengan rakan-rakan atau dengan kata lain cara kita berkomunikasi dalam social life kita. Tidak semestinya orang yang bercakap tidak henti boleh berjaya dalam perniagaan multilevel, kerana industri ini bukan untuk memberitahu orang lain yang kita 'boleh bercakap' tetapi lebih kepada memberi hubungan yang baik sesama manusia, yang mana dari situ baru wujud kepercayaan, kemudian perniagaan.

Untuk belajar berkomunikasi dengan baik perlu ada beberapa step asas iaitu:-

1) Kenali diri untuk cipta keyakinan diri
2) Kenali hakikat tentang kehidupan dan watak manusia
3) Memahami bagaimana reaksi yang sepatutnya untuk setiap situasi/perkara yang dihujahkan
4) Memahami bahasa badan

Untuk belajar setiap satu dari yang tertera memerlukan masa, tetapi setiap detik yang kita belajar tidak akan merugikan kita, walaupun bukan untuk industri pemasaran, mungkin untuk diri kita sendiri, rasa disenangi dan boleh mix around. Penerimaan orang disekeliling kita boleh menjadikan kita lebih yakin dengan diri, tetapi untuk orang kenali dan terima kita dengan baik, kita perlu kenali dan terima dahulu siapa diri kita.

Orang yang menidakkan kelemahan diri dan sentiasa ingin orang lain lihat dirinya hebat, adalah orang yang lemah sebenarnya. Dia tidak berupaya untuk menerima dan mengakui sendiri kelemahan diri, menyebabkan lebih ramai orang melihat kelemahan dirinya. Dunia sekarang bukan kita berinteraksi/berkomunikasi dengan orang zaman batu yang tidak tahu apa-apa, dunia sekarang kita berhubung dengan orang yang setiap hari ilmunya semakin meningkat, sikapnya semakin diperbaiki, kehidupannya semakin baik, menyebabkan cara berfikir semakin baik. Jika kita masih berada pada sikap dan cara yang lama,yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada kita, tetapi kita tetap pertahankan sikap itu kerana kesombongan prinsip yang tidak berasaskan hadis dan sunnah Rasul, kita akan berada di zaman kuno selama-lamanya.

Percayalah, People change, we also need to change.

Penulis hanya memberi guideline yang terbaik dan untuk merealisasikan perkara diatas, banyak buku-buku dipasaran berkenaan dengan Kenali Diri, Bahasa Badan dan sebagainya. Kita perlu banyak membaca untuk menambah pengetahuan, dan hakikatnya orang yang selalu membaca otaknya sentiasa bekerja, justeru dia lambat nyanyuk ;) .

Next post penulis akan mengulas sedikit tentang 4 perkara diatas dan kaitannya dengan perniagaan multilevel.

Tuesday, September 29, 2009

Mendalami Konsep Multilevel

Multilevel (MLM) dahulunya bukan menjadi pilihan penulis kerana sepanjang keliling penulis tidak ada orang berjaya dalam MLM. Juga tidak ada orang berjaya memahamkan penulis tentang apa itu MLM.

Ramai juga yang menyangka MLM adalah Direct Selling. That's actually a subset of it. MLM lebih besar maknanya. Konsep pemasaran bertingkat, namanya pun bertingkat, adalah MEMANG bertingkat-tingkat. Maksudnya, kita boleh menjana pendapatan satu masa bergenerasi sehingga ke akhirnya. Tetapi tidak semua orang tahu bagaimana untuk menjana pendapatan bertingkat-tingkat ini.

Kelebihan pemasaran bertingkat ialah pendapatan akan terjana dengan sendirinya apabila sampai satu masa. 'Satu Masa' ini yang kebanyakan orang tidak boleh bertahan menunggu. Menunggu sahaja masa itu sampai juga adalah masalah sesetengah daripada kita. Kerana, penantian satu penyiksaan, lebih baik jgn menunggu tetapi terus melakukan sahaja apa yang sepatutnya dibuat untuk mendapat pendapatan auto jana ini.

Fruits of Labor, memang tepat seperti phrase ini, perniagaan pemasaran memerlukan 4 perkara dibawah baru boleh menikmati hasilnya.
1. Masa
2. Tenaga
3. Modal
4. Kesabaran

Apabila membaca prasyarat diatas, kadang-kadang penulis hairan, ada yang menjawab dalam hati ' wah aku tak ada masa!' , 'itulaaa, susaaahh buat multilevel ni..kena labur banyak benda..aku tak sanggup!'
Wow. Hakikatnya mana ada kerja yang tidak memerlukan masa, mana ada kerja yang tak perlukan tenaga, kesabaran dan modal. Masalah kita sebenarnya bukan tidak ada prasyarat itu tetapi paling utama adalah, bagaimana untuk memasarkan, ' kena pandai cakap dik, akak tak pandai..'

Next post penulis akan beri tips bagaimana untuk PANDAI BERCAKAP dan memasarkan product

Monday, September 28, 2009

Emosi dan Sikap

Hari ini penulis ingin coretkan sedikit berkenaan dengan sikap. Ada orang telah berasa hati kerana penulis menegurnya tentang sesuatu. Apa yang penulis perhatikan sedari dulu memang dia suka menasihati penulis walaupun tanpa diminta. Apapun penulis terima sahaja, jika baik diambil sebagai contoh, jika tidak penulis hanya abaikan sahaja. Selalu juga penulis ditegur itu dan ini oleh nya sehingga kadang-kadang rasa menyampah pun ada, tetapi penulis diamkan sahaja merawat diri sendiri dengan kata-kata yang positif sebab mungkin ada hikmahnya apa yang ditegur.

Kehidupan ini sebenarnya bila kita berada diatas kita selalu selesa, tetapi apabila dibawah kita benar-benar rasa tersepit dan teruji. Begitulah keadaannya. Penulis bukan senang-senang menegur sikap orang jika tidak mengganggu dan boleh diabaikan. Rupa-rupanya indah nasihat dari hakikat. Orang ini kadang-kadang suka menegur tetapi melenting bila ditegur. Lebih seminggu berlalu dia memang tidak boleh memandang penulis.

Satu hakikat apabila kita menjadi seorang pemimpin atau mula menasihati orang, kita harus terima kata-kata kita akan menjadi masin dan berbalik kepada diri kita sendiri. Adakah kita benar-benar seperti yang kita nasihatkan pada orang. Bukan orang menguji kita, tetapi Dia yang uji. Berbalik kepada kebersihan hati. Benar-benar ikhlas atau tidak bila diuji dengan perkara yang kita tidak suka. Tidak ada orang yang suka ditegur, tetapi jika terpaksa terima, banyakkan istighfar dan cuba ubah perkara yang tidak baik itu.

Selalu penulis terfikir, kadang-kadang kita terlalu banyak dipengaruhi emosi, menjadikan kita terus jatuh dan semakin jatuh, bukan kerana orang lain, tetapi diatas sikap kita sendiri. Cuba berprasangka baik dan meletakkan diri di pihak yang menegur. Kita akan rasa setiap orang ada haknya sendiri dan masing-masing ada stail nya yang tersendiri. Mungkin terkena pedasnya pada kita kerana Tuhan ingin menguji kesabaran dan niat kita yang sebenarnya.

Wednesday, September 23, 2009

Mengubah Persepsi

Selamat Hari Raya. Hari ini raya yang ke 3. Bagi diri penulis, ia suatu hari yang berlalu dengan penuh kemeriahan. Penulis ingin kongsikan sepanjang kepulangan penulis ke kampung ada beberapa perkara yang mengusik hati penulis. Sepanjang hidup ini penulis pernah cuba untuk mengubah beberapa perkara didalam kehidupan seseorang. Menjadikan ia yang terbaik seperti yang penulis fikirkan, atau pun menjadikan ia, mengikut fikiran penulis, adalah yang terbaik untuk dirinya.

Hakikatnya tidak ada sesiapa pun diatas dunia ini berhak menentukan bagaimana seseorang itu harus melalui kehidupan kecuali dirinya sendiri. Jika kita tidak menyukai sesuatu perkara, bukan kita berusaha mengubah perkara tersebut tetapi diri yang perlu berubah menukar persepsi terhadapnya. Berusaha mengubah persepsi menjadikan diri kita lebih baik dan rasa tidak stress dengan situasi. Belajar memahami dan menghormati hak-hak orang lain.

Antara hak-hak itu adalah hak menjadi diri sendiri, hak mempunyai stail sendiri, hak menjaga diri sendiri, dan hak berfikir yang terbaik untuk diri walaupun pada pandangan orang lain, ia bukanlah terbaik. Keyakinan diri orang yang bersama kita boleh terbina jika kita sentiasa membenarkan hak-hak itu dan bukan menidakkannya, dengan cuba membina mereka mengikut acuan kita. Hakikatnya, belajar menerima seadanya keadaan sekeliling dan berusaha membaiki diri dan persepsi sendiri, bukan mengubah orang menjadi diri yang kita suka.

Tuesday, September 15, 2009

Kenali peribadi

Penulis ingin berkongsi tentang satu situasi yang membuatkan diri rasa terfikir hari ini. Dalam keriuhan perjumpaan bersama kumpulan semalam, disebalik ramai orang yang berkongsi kehendak dan kemahuan masing-masing penulis melihat ada yang memberi harapan untuk diri sendiri, ada yang bercakap seperti ingin menunjukkan dia tidak kurang hebat, ada juga yang tidak mahu menjadi seperti orang yang tidak ada matlamat, lalu kedepanlah dia untuk menyampaikan hasrat nya.

Sudah pasti, matlamat boleh dicipta bila-bila masa yang penting kita memberi masa untuk mencapainya. Masa dan perancangan yang betul menjadikan kita tidak akan goyah dengan matlamat yang telah dicipta. Tetapi, apa yang penulis lihat semalam adalah satu kata-kata yang sekadarnya, bukan sesuatu yang perlu dijadikan nyata. Sekadar memenuhi syarat. Apa pun, biar masa yang menentukan kerana sikap dan cara orang bukanlah menjadi darah daging penulis.

Apa yang ingin dikatakan disini, ketika proses tadi penulis melihat lontaran semangat dari kata-kata, tetapi di satu situasi lain, melihat air mata dan kerendahan hati. Penulis sendiri tersentak dengan bisikan; " Sebenarnya saya mengagumi anda" . Tidak dinafikan setiap baris kata itu membuat penulis tergamam seketika sehingga terfikir.

Kadang-kadang disebalik keegoan seseorang, lahir hati nya yang tulus ikhlas ketika dia berasa sangat susah dan tidak tenteram jiwa. Selama 2 tahun lebih penulis menjadikan perniagaan sebagai kerjaya, tidak pernah terlintas dihati untuk dikagumi atau mengkagumi sesiapa. Tidak pernah terlintas untuk disayangi dan diberi perhatian oleh sesiapa di dalam kumpulan. Penulis hanya melakukan untuk diri sendiri dan belajar untuk sentiasa menghormati orang lain.

Hakikatnya, orang yang ingin sangat menonjolkan diri dan diberi perhatian sebenarnya jauh disudut hati mungkin telah kehilangan kasih sayang sejak dulu. Crowd semalam melaung-laungkan nama menyebabkan penulis tersenyum sendiri, kerana biasanya orang suka pada kita disaat kita cemerlang, tetapi ketika di musim kejatuhan, hinaan dan cemuhan orang membuatkan perjalanan seperti diatas deraian kaca.

Monday, September 14, 2009

Psikologi Realiti - Bayangan Stress

Mengunjungi pusat pentadbiran kerajaan memang pekerjaan penulis untuk menyebarkan perkara-perkara baik tentang perniagaan. Di antara banyak kunjungan, penulis ingin berkongsi satu perkara tentang (mungkin minoriti) kakitangan kerajaan. Kunjungan penulis kali ini banyak berkisar dengan kehidupan seorang yang berada dalam tahap ketegangan yang kronik (tension).

Seperti kehidupan orang lain, seorang pemakan gaji kerajaan akan sibuk dengan pelbagai tugasan yang diberikan. Kehidupan normal biasanya setiap tugasan diberi memang akan cuba diselesaikan dengan sebaik dan secepatnya dan merujuk kepada pihak atasan jika kurang memahami. Sikap yang bagus mendapat hati di pihak pengurusan dan akan diberi perhatian untuk kenaikan pangkat dan sebagainya.

Tetapi dikalangan sikap yang bagus ini ada juga yang sangat stress dengan kehidupan sendiri sehingga terbawa ke tempat kerja. Begitu perihatin dengan keadaan diri sendiri, ada juga yang stress sehingga terbayang-bayang ada makhluk lain yang mengganggu sehingga menyebabkan tidak boleh tidur. Mungkin berasa sangat stress dengan keadaan dirinya yang belum berpunya, beliau (perempuan) terlalu kontrol keadaan diri dan emosinya sehingga orang yang bercakap dengannya merasakan wah! skema nya - dan bagi diri penulis, dia bukan mempamerkan diri sebenar, kerana setiap patah yang keluar, hanya berpusing didalam lingkungan yang sempit, setiap idea yang keluar tidak lari dari pemikiran yang terkurung.

Hakikatnya dia juga menghadapi masalah dengan ketuanya yang mana pada penulis, ketuanya cukup baik dan open minded. Kalau diikutkan penulis ingin menasihati tetapi setiap apa yang dikata ibarat beku didalam minda nya. Masih ingin tinggal di dalam kotak stress yang sama, dia tidak dapat mengabaikan bayangan-bayangan hitam itu, tidak dapat menerima pendapat orang lain dan terus berusaha mengekalkan keadaan diri nya dan minta orang memahami.

Kadang-kadang orang seperti ini perlukan senyuman dan kehidupan yang lain, tetapi apakan daya jika sendiri tidak mahu keluar. Gelak ketawa tidak akan menjejaskan kredibiliti kita, senyuman dan gurauan tidak akan menjatuhkan darjat kita walau seinci pun, menggembirakan diri tidak akan memberi apa-apa yang memudaratkan. Jadi hiduplah dengan kehidupan. Jangan mati dalam waktu yang berjalan.

Psikologi Realiti - Ibu Tunggal

Diatas dunia ini Tuhan ciptakan pelbagai orang dengan pelbagai ragam. Salah satu yang Dia jadikan adalah seorang yang berstatus Janda, yang mempunyai sejarah tersendiri sehingga mencapai status itu.

Adapun ramai dikalangan perempuan yang berstatus itu mungkin dianiayai atau ditinggalkan suami, samada bercerai hidup atau mati, atau meminta untuk ditinggalkan (fasakh), dan telah mendapat tempat dihati masyarakat. Tetapi masyarakat juga menilai, bukan hanya menjadi pemerhati bebas, siapa yang patut diletakkan didalam kumpulan yang simpati , dihargai atau dikagumi. Ramai ibu tunggal yang berusaha dengan bersungguh-sungguh sepenuh jiwa kerana ingin membesarkan anak-anak dan mendapat kehidupan yang lebih baik. Masyarakat sangat menyanjungi ibu tunggal seperti ini sehingga boleh dinobatkan sebagai ibu mithali kerana perjuangannya.

Dalam ramai-ramai ibu tunggal yang berjuang, ada juga jenis-jenis ibu tunggal yang terlalu banyak bermain perasaan. Kadang-kadang mainan perasaan itu sehingga menyusahkan masyarakat sekeliling dan juga rakan-rakan terdekat kerana selalu menghantar SMS tentang kehidupannya yang kesepian dan juga ketidakcukupan hidup. Satu perkara yang nyata, apabila dinasihati, katanya kita tidak merasai sepertinya, hanya pandai bercakap sahaja. Kedegilan yang nyata dan keras hati ini memang membuatkan kadang-kadang rakan yang menasihati meninggalkan nya begitu sahaja.

Hakikatnya, dalam kehidupan kita, hidup atau mati kita hanya Tuhan yang menentukan. Orang berasa bangga dengan perjuangan, bukan dengan kesedihan yang dipamerkan. Sifat ingin orang menyayangi dan memberi simpati sepatutnya dibuang jauh ke tepi. Hidup mesti diteruskan dan perlu survive sendiri. Rakan yang telah membantu sangat banyak, harus berterima kasih dengan cara mendengar nasihat - nasihat yang baik yang boleh membantu untuk terus ke depan.

Telah nyata, bukan kejayaan penentu kepada sikap, tetapi sikaplah penentu kejayaan. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan sesiapa tetapi menyatakan pandangan penulis di atas kehidupan realiti selama hampir 4 tahun bergelumang dengan sikap manusia.

Thursday, September 10, 2009

Charming


Set emas putih harga RM540

Sunday, September 6, 2009

Emas Putih Saduran Rhodium

Ada beberapa sebab mengapa wanita menggemari barang perhiasan :-

1) Cantik
-Ingin kelihatan cantik dan menarik
-Emas itu sendiri cantik dan rasa ingin memiliki yang cantik itu :D

2) Status
-Tidak ada sesuatu dibadan sebagai perhiasan seolah melambangkan tidak ada apa-apa harta
-Melambangkan kemewahan yang dimiliki atau pangkat

Hakikatnya terpulang pada individu, ada juga yang tidak suka memakai apa-apa perhiasan di badan seperti penulis, yang pastinya kebanyakannya bukan seperti penulis. Mesti ada sekurang-kurangnya sebentuk cincin atau seutas rantai dileher atau gelang kristal atau seumpamanya. Memang hakikat wanita ingin kelihatan cantik dan dikata cantik. Apapun, semua terpulang pada diri sendiri bagaimana menilai diri. Penulis ada terbaca didalam majalah wanita : The beauty of a women relies on when she believes she is beauty. (gitulah kira-kiranya wording dia)

Sedikit info tentang emas putih : Emas Putih

Terbaru untuk musim perayaan, dan boleh di pakai bila-bila masa.

Range harga RM60 - RM 350

You can request for the clearer picture if you can't see it at ur end
Email me if interested to know further (eg. price)
TQ

Ps untuk lembah kelang:
You can request to see the real.