WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Thursday, April 29, 2010

Meneliti Aib Diri

Nukilan ini dari (Hujjatul Islam) Imam Ghazali:

Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu 'anhu berkata : "Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib kepadaku."

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : "Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai."

Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. Akhirnya Salman berkata : "Aku mendengar engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi engkau memakainya di malam hari."

"Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?" Tanya Saidina Umar.

"Tidak"

"Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan," ucap beliau.

Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu 'anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. "Engkau adalahsohibus sir (orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?"

Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya.Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hari jernih mampu mengambil pelajaran dari pelbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.

Pesanan Luqman AlHakim

"Hai anakku, orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga."

Tuesday, April 13, 2010

Trip to Kota Kinabalu (KK) - Part 1

Malam itu penulis sampai di rumah jam 1 pagi. Tak lena tidur kerana perlu jaga selewatnya jam 4 untuk naik flight jam 6.50. Penulis tak ada orang yang menghantar atau mengejutkan so, terpaksa berusaha sendiri. Parking di LCCT tepat jam 5 pagi penulis sudah check-in. First time naik Air Asia memang benci jugak sebab rasa terkapai-kapai keseorangan.Benci pulak rasa tiba-tiba jadik penakut. hehe..

Naik flight after solat subuh. Memang tidur sepanjang di dlm kapal. Ngantuk sangat. Sampai di KK jam 9.30 pagi, call Noni (that village girl happen stay in sabah, waiting for me) untuk beritahu sudah sampai dan apa perancangan seterusnya. Katanya dia belum sampai lagi di airport dan perlu tunggu kakaknya habis kelas. Penulis terfikir ya, bagus juga kalau dapat explore naik teksi sendiri, lagi pun banyak kerja mahu di setelkan dulu sebelum start beroperasi.

Penulis cari surau untuk menukar baju dan basah rambut (x mandi pun..ekekee). Kemudian setel semua singgah di kedai tepi surau untuk makan-makan sarapan (kunun..) tetapi lihat pada harganya di situ, MAHAL sangat. Penulis cuma ambil tempat duduk dan minum air teh sahaja sambil calling-calling. heheh..baru terfikir kalo makan KFC pun okey jugak. Nasib baik ader.

Penulis pegi kaunter limo untuk ambil teksi ke Universiti Malaysia Sabah, quite expensive jugak la dalam RM45. Sudah alang-alang begitu, penulis makan-makan dalam teksi dan calling-calling. hehehee..(noni kata tidak ada orang buat begitu baahhh..) hahahaa

Sampai di UMS, penulis rasa macam pelarian sebab bertanya orang disana sini untuk pergi ke unit media dan teknologi dengan membawa beg yang besar (tapi nasib baik gaya lawa skek so orang tengok atas bawah jugak mahu menjawab soalan penulis). Sehingga rasa memang tak ada peluang untuk pergi sendiri, baru penulis telefon pada Noni tadi untuk ambil. Sajer kalau boleh sampai sendiri ke unit itu boleh surprise pada dia.