WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Tuesday, December 29, 2009

Belajar dari pengalaman orang lain

Penulis banyak memerhati sejak kebelakangan ini. Memerhati tingkah laku manusia dan mendengar dengan prihatin sikap dan erti kata-kata yang diluahkan. Penulis mengkaji sedikit sebanyak bagaimana menangani satu-satu character manusia yang berbeza-beza.

Memerhati sahaja tanpa berfikir, tiada gunanya. Berfikir sahaja tanpa ilmu juga tiada jawapannya. Hakikatnya kehidupan kita akan datang perlu diisi ilmu hari ini supaya masa akan datang menjadi lebih baik. Sebab itu Tuhan pernah berkata - Tidak akan berubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri. Ubah masa depan bukan menentukan apa yang akan terjadi, tetapi memilih untuk menjadikannya lebih baik itulah yang sebenarnya.

Kadang-kadang penulis hairan bagaimana orang lain boleh berkata didalam diri bahawa 'akulah yang terhebat' sedangkan ramai lagi yang mempunyai lebih pengalaman dan kehebatan diluar sana. Mungkin ada sesetengah orang 'tidak mahu' belajar dari pengalaman orang lain, tetapi lebih suka meneroka dahulu, menjadi pioneer kepada pengalaman itu. Ya, mungkin, tetapi mustahil untuk menerokai semua pengalaman. Contoh mudah sahaja, orang yang tidak pernah berkahwin atau belum berkahwin, tidak akan ada pengalaman menjadi janda atau isteri no 2, dan hakikatnya seorang wanita, jarang yang mendoakan mempunyai pengalaman sebegitu. Pun begitu, masih ramai tidak mahu belajar dari pengalaman orang lain, merasakan diri terlalu hebat mengatur dan sebagainya. Hai manusia, dengarlah.. ketentuan bukan ditangan kita, kehebatan itu milik Tuhan.

Ramai orang menyangka panas hingga ke petang tetapi hujan ditengahari. Pada penulis, kalau ditakdirkan hujan tidak mengapa, mungkin ujian untuk kita, tetapi biarlah ada payungnya. Hujan mungkin menimpa, tetapi tidaklah basah kesemuanya.

Wednesday, December 23, 2009

Mencipta Diri Cemerlang

Apabila bertanya tentang cemerlang, ramai yang ingin melihat anak cemerlang dalam peperiksaan. Ramai sangat yang bercerita tentang ingin melihat gred anak tinggi, berusaha beri tuisyen supaya anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tetapi ramai yang tidak peduli tentang pentingnya menjadi cemerlang dalam kehidupan dan untuk diri sendiri. Begitulah masyarakat kita, ramai yang suka menunding untuk orang lain, berbanding diri sendiri. Dan apabila diutarakan untuk diri sendiri, ramai juga yang berkata "Engkau boleh lahhh.."

Jika fikir tentang diri ramai orang mengalah, tetapi jika fikir tentang anak, tiada siapa mahu mengalah. Hakikatnya, anak yang lahir dari ibu bapa yang kurang cemerlang kehidupannya biasanya, majoriti nya, kurang cemerlang juga. Ibu bapa adalah pendidik terbaik, dan kita adalah pemimpin contoh untuk anak-anak. Sebab itu ada istilah, kepimpinan adalah melalui tauladan yang ditunjukkan (KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN).

-to be continued-

Sunday, December 20, 2009

Don't Worry, I'll be very Excellent

Penulis sedang membaca satu buku hebat bertajuk Magnet Diri. Didalam buku tersebut (belum habis baca baru chapter 1) ada menceritakan bagaimana mencipta pengaruh yang hebat tanpa menggunakan pangkat atau jawatan, atau apa-apa posisi dlm masyarakat atau organisasi. Secara seimbas lalu, buku tersebut menggambarkan kepada penulis betapa pentingnya menjaga hubungan kemanusiaan.

Penulis hari ini, setelah bergelumang dalam bisnes Multilevel selama 4 tahun, boleh membuat kesimpulan, begitu banyak sebenarnya cabang-cabang ilmu yang belum penulis terokai. Hakikatnya untuk menjadi hebat dan berjaya, kita perlu melalui segala macam pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin yg. boleh menjadikan kita semakin bernilai.

Semalam penulis menghadiri satu seminar di PJ Hilton berkenaan dengan cara mencipta perubahan. Dalam apa yang penulis lihat, (pendapat penulis sendiri) ikon yang bercakap itu telah melalui pelbagai peristiwa kejatuhan dan kebangkitan yang menjadikan dia hari ini. Memberi ilmu dengan cukup excited, ingin melihat orang lain berjaya juga.

Satu perkara ingin penulis katakan. Setiap individu ingin menjadi cemerlang tetapi tidak mahu melalui pelbagai perkara kejatuhan dan kebangkitan. Bagi penulis, berkata untuk seseorang yang penulis hormati:-

" You pls don't worry about me. Give me chance to see, to feel and to strive through all the hard times and the down. I'm happy and i will survive. Give me chance to be excellent"

Kerana kadang-kadang, ibu bapa takut kita tergelunsur jatuh dan merasa kesakitan yang amat sehingga tidak boleh bangun-bangun lagi. Tetapi jangan lupa, ibu-bapa kita menjadi hebat begitu kerana mereka telah merasai kejatuhan dan merasai bagaimana peritnya luka itu. Mungkin kelukaan itu tidak sama, tetapi peristiwa itu, TETAP SAMA.

Monday, December 14, 2009

London

Penulis ingin ceritakan sedikit pengalaman yang 'trigger' me to tight on always to my career.

Disuatu ketika, penulis dan seorang sahabat berkunjung dari satu rumah ke rumah yang lain, tapi sayangnya tidak ada seorang pun yang berada dirumah. Tibalah sehingga ke satu rumah di Ampang - Grandview nama tempatnya. Penulis diberitahu, tempat ini berdekatan dengan rumah Rais Yatim (dihati penulis, mungkin orang kaya yang penulis ingin berjumpa ini).

Setiba nya dirumah tersebut, penulis melihat 2 buah kereta Jenama luar negara(rasanya) yang tidak ada dalam 'buku minda' penulis. Ringing the bell dan pintu pagar terbuka. Sedikit introduction sahaja dan yang selebihnya penulis tergamam melihat rumah yang begitu sempurna, cantik, sehingga hilang segala kata-kata. Tuan rumah seorang yang cantik, bergaya dan sedang memegang baju sejuk pink. Rupa-rupanya mereka sekeluarga sedang menunggu teksi untuk ke KLIA. Beg-beg bersusun di muka pintu. Walaubagaimana pun kami tidak dihampakan, dan diajak masuk ke dalam rumah. Interior design rumah yang mewah dan lain dari rumah yang biasa penulis kunjungi. Tepat sangkaan penulis, orang kaya adalah orang yang paling tidak sombong, berbanding orang biasa yang tidak berapa kaya.

Penulis mendapat gambaran, beliau menjaga anaknya begitu rapi. Musim sekolah ini, mereka akan berjalan-jalan di London selama 2 minggu, beriang -ria bersama-sama. Memberitahu penulis, sangat berbeza orang yang berduit dari yang biasa. Cuti sekolah paling tinggi pun melancong di Sungai Congkak, Langkawi, Mines Shopping, dsb, dengan kata lain - Cuti- cuti malaysia. Dan berbeza pemikiran anak-anaknya, tidak bercampur sangat dengan mat-mat rempit atau yang kaki-kaki lepak dijalanan, atau kaki rayau, atau kaki hisap rokok, atau ..atau.. atau..dsb. Anak-anak ini dicontrol dengan satu suasana family yang menyeronokkan sehingga tidak ada sebab ingin bersempoi-sempoi an di jalanan. Penulis tidak menafikan, ada juga dikalangan kita yang mendidik anak dengan sangat baik, termasuk family penulis sendiri. Walaupun tidak ada kewangan yang stabil, tetapi tetap berusaha sedaya mungkin memberi yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi apa yang penulis maksudkan bukan yang terbaik itu pergi luar negara tetapi, jika ada kesempatan dan peluang, tidak ada orang yang tidak ingin berkunjung ke sana, melihat keindahan ciptaan Tuhan, merasai indahnya salji, menghargai indahnya ciptaan Nya yang pelik-pelik, dan balik membawa seribu satu pengalaman dan pengajaran.

Hakikatnya, anak yang dibentuk islami, oleh ibu bapa yang mempunyai tahap kewangan yang stabil. kukuh dan banyak, akan terbentuk dengan baik dan hampir sempurna. Penulis salute this way of education and i do think, i'll do that in future. Hold on to the dreams and fight always for the future. Anak-anak akan rasa lebih dihargai bila mereka pandai istilah 'menghargai'.

Walaupun tidak dinafikan, ramai yang dikalangan masyarakat memberi statement ' anak orang kaya berlagak, tak campur dengan orang' - itu tidak menjadi masalah kerana, anak-anak ini di didik bukan dalam nursery yang ramai budak-budak, hari sabtu ahad nya sibuk dengan kelas persendirian tuisyen, cuti nya berkunjung ke all over the world. Hakikatnya hanya 1% sahaja anak-anak yang begitu, yang lain melalui kehidupan yang sama spt kebanyakan 99%, sebab itu, apabila perangai, dan aktiviti berbeza, mereka dikatakan 'pelik'. (statement ini untuk anak-anak orang kaya yg di didik secara islam)

Apa-apa pun mengejar kedudukan kewangan yang kukuh adalah tidak salah, mencari yang terbaik untuk family juga tidak pelik, tetapi yang pelik adalah, 'TAHU, tetapi BIARLAH'

Saturday, December 12, 2009

Membina Rangkaian 2010

This year of 2009 will nearly come to the end.

Segala permasalahan dan peristiwa tahun ini akan menjadi sejarah yang hebat untuk kita. Sepahit mana pengalaman tahun ini, segagah itulah patut kita bangkit untuk tahun hadapan. Seindah mana pun peristiwa tahun ini, pastikan tahun hadapan permulaan dan pengakhiran yang lebih baik jua.

Setiap orang bermula di tahun hadapan. Setiap orang juga berazam di tahun hadapan. Dalam membina kumpulan, keazaman untuk tahun hadapan sudah bermula di awalan lagi. Bukan masuk tahun lain baru mula berazam. Itu yang akhirnya azam terkubur tinggal kata-kata yang penuh tidak bermakna.

Janji tetap janji. Kota tetap kota. Bina tetap membina.

2009 - Penuh peristiwa bagi penulis. Mencipta pencapaian, yang bermula dari akhir tahun 2008 lagi. Perancangan penulis berhamparkan tawakal dan doa kepada Tuhan, berjuang sehingga akhirnya. Penulis berupaya meningkatkan prestasi dan quality diri di peringkat yang lebih cemerlang. Berjaya melepasi tahap TABUNG KERETA MEWAH dan Diamond International Forum- OSAKA Jepun.

Ditahun ini juga kepahitan jua perlu ditelan disebalik kejayaan. Awal tahun 2009 penuh peristiwa apabila adik kandung penulis meninggalkan kami secara tiba-tiba. Memang terkejut penulis sehingga kini sentiasa bermain difikiran, mengutip satu-persatu, pengajaran dari peninggalan arwah, apa-kah lagi HIKMAH dan pengajaran yang DIA ingin berikan padaku.

Ditahun ini juga, penulis melalui satu kemalangan yang dikira teruk juga, mujur masih bernyawa. Dan ketika ini dan mungkin ke akhirnya, penulis ingin kongsikan satu pengajaran dari pelbagai peristiwa :-

Hargai mata, tangan, organ badan dan segalanya yang Tuhan berikan didunia ini. Dia pinjamkan sementara sahaja, dan bersyukurlah ketika membuka mata setiap hari, kita masih boleh melihat siling rumah kita, boleh berjalan bersama keluarga, dan masih boleh menikmati dunia ini. Sebab itu usahakan setiap empat kerat yang kita ada, semuanya kepada yang bermanfaat, yang boleh dibawa ke dunia yang lain nanti. Hakikatnya kehidupan ini tidak lama, jadi, bersyukurlah ada orang menyayangi, boleh merasa kasih sayang, boleh menikmati segalanya. Sebab itu, setiap detik dan saat, jangan lupa mengingat Tuhan, Dia Pemberi dan Penentu Segalanya.

Tuesday, December 8, 2009

Menjadi diri sendiri

Penyanyi tersohor negara; Dato' Siti Nurhaliza. Penulis mengikuti setiap perkembangan beliau sehingga hari ini. Bukan kerana suaranya sahaja tetapi personalitinya. Beliau terus fokus dengan kehidupan dan perancangannya walaupun berjuta orang menentang dan memperkatakan tentang perkahwinannya. Beliau hanya menjadi dirinya sendiri.

Penulis melihat begitu ramai orang inginkan kejayaan tetapi cuba meniru menjadi orang lain. Cuba meniru suara Dato' Siti, cuba meniru MJ, cuba meniru personaliti lain yang telah terbilang namanya. Adakah kita sedar, setiap dari yang cemerlang itu, mereka hanya menjadi DIRI nya SENDIRI, mempunyai character tersendiri dan tidak meniru sesiapa - barulah akan terbilang. Setiap sikap atau kelemahan cuba diperbaiki walaupun orang berjuta mengata. Seperti dahulu, penulis pernah mendengar orang mentertawakan Dato' Siti kerana beliau tidak mahir berbahasa inggeris, tidak habis belajar dan sebagainya. Mentertawakan nyanyian beliau dan mempertikaikan banyak perkara.

Seperti juga diri kita, jika ingin menjadi cemerlang, perlu lalui pelbagai kutukan dan kata-kata orang yang menghina semangat, kelemahan dan diri kita. Tetapi selagi kita berusaha keras membaiki kelemahan dan tidak mengendahkan cemuhan orang, selagi itu kita berada di haluan fokus kita. Orang yang asyik berkata dan mempertikaikan kelemahan orang hanyalah orang yang tidak kenal diri sendiri, yang juga TIDAK KURANG banyak kelemahannya.

Oleh itu, menjadi DIRI SENDIRI sangat penting. Jangan biarkan terpengaruh dengan personaliti orang lain sehingga akhirnya kita dipijak-pijak, dihina kerana pilihan kita itu. Tetapi jika kita sudah melalui jalan itu dan tersedar, tinggalkan yang lama, KUTIP semangat baru, personaliti diri yang baru. Mengubah sesuatu itu sangat susah, tetapi jika ingin BERUBAH KERANA DIRI SENDIRI DAN BUKAN ORANG LAIN , ia menjadi satu perkara yang akan konsisten. Tidak perlu berkata pada orang bahawa "Aku telah berubah" atau "Aku akan berubah". Hanya tunding jari pada diri dan tanya, "sudah berubahkah aku?"

ps: cuba nyanyi satu lagu siti. adakah kita cuba meniru lenggok suaranya atau bagaimana? :D

Wednesday, November 11, 2009

WTF 5351

Plet number itu sudah ditempah penulis. Ironinya, itu number kalo dari segi network Wireless Transmission Frequency hahaha, but anyway, i prefer Winning The Future and 5351 is my phone number :D

Penulis memang sudah lama mengidami hybrid. Tetapi ketika penulis melihat harganya sangat mahal, penulis diam kan sahaja - tak payah berangan. At that time, Honda Hybrid cost : RM169,000 dan penulis tak terfikir langsung untuk memiliki kerana diluar budget. Tetapi ia menjadi kereta idaman.

Kalau orang tanya, mengapa Honda? bukan Mercedes? "Sabar dulu dik, akak tidak kaya-raya lagi hahaha.." Penulis ada satu BMW sudah cukup bengkok untuk membayarnya kalo 2 kereta jenama mewah bukan bengkok lagi tapi mati terus. (just joking)

Disebabkan kadar kenaikan harga minyak yang bakal melampau, pada penulis pemilihan hybrid sangat tepat. Ada orang beritahu penulis toyota prius juga hybrid tetapi mahal sangat 170,000 which for me, tak wajar beli mahal sangat untuk sebuah kereta yang jenama biasa. (dgn kata lain den tak mampu).

Hybrid adalah gabungan minyak dan electrik, and of course penulis membeli teknologi nya. Ada orang mengatakan baterinya mahal sekali rosak kena ganti 8-10 ribu, but anyway, that is the cost of new technology.

Anyway, i don't know whether other people (surrounding me) are having it and i dont care actually.

What i know is that, this car will certainly be used to get me move forward and striving more excellente.

Any idea for WTF? :D

Saturday, November 7, 2009

My Next New Car

After considering all the conditions, we have decided to buy our long-time dreamed car - New Honda Civic Hybrid.

Sekali lagi..
Jangan Dengki..hehehe

Friday, November 6, 2009

Berusaha untuk Membina

Pembinaan kumpulan adalah core dalam Multilevel. Proses ini memerlukan banyak masa dan tenaga dan perlu memahami benar Marketing Plan syarikat. Pembinaan kumpulan ini faedahnya sangat lumayan dan memberi satu rangkaian yang memberi pulangan bergenerasi.

Namun, hakikat pembinaan kumpulan perlu dipelajari dengan melakukan satu-persatu. Mempunyai semangat dan ketahanan yang cukup tinggi kerana kumpulan pertama yang dibina pasti akan mengalami keruntuhan. Keruntuhan demi keruntuhan akan berlaku selepas proses pembinaan kumpulan jika kita tidak belajar darinya. Namun, ia menjadi satu benchmark kualiti pemimpin sebenarnya.

Semakin banyak keruntuhan semakin kita belajar menghargai dan mempelajari dari kesilapan, maka menjadikan diri kita semakin hebat dan berkualiti tinggi. Apa yang paling penting adalah berusaha memandang ke hadapan dan sentiasa meletakkan harapan dan kepercayaan bahawa satu masa kumpulan yang dibina dengan airmata menjadi satu kebanggaan tanda kemenangan dan kehebatan diri kita.

Friday, October 30, 2009

Sukarnya menjadi MATANG

Seronok jika bercerita tentang zaman bebudak yang entah hapa-hapa. Cuma, zaman kebudakan penulis tidak jadi kebudakan sangat. Sudah di ajar berfikir "apa akan jadi masa depan".Dan sebenarnya berfikir tentang masa depan menyebabkan serius nya menggunakan masa hari ini.

But anyway, zaman dahulu penulis tak pandai. Serius sangat sehingga tidak ada masa bermain. Sampai sekarang penulis tak berapa suka main sukaneka, pada penulis kebudak-budakan sangat. zaman Universiti dulu i ve seen my same age friends were enjoying their time while me, sitting and looking. Actually, it is good if we could get involved in sukaneka at one time. Tapi i resisted myself. Which actually, thinking back, i am too much.

Beri sedikit kegembiraan pada diri tidak akan memusnahkan apa-apa. Masa tetap akan berlalu, sedar atau tidak. Kesilapan akan berakhir, masa muda juga akan berakhir. Jika masa ini juga kita sia-siakan dengan terlalu serius dlm kehidupan, tidak ada warna yang menggembirakan. Otak pun boleh jadi "JEM"

Tak tahulah, penulis pergi OSAKA nanti penulis akan jadi kebudak-budakkan sikit. Biarlah orang nak kata apa tak penting, yang penting, I ENJOY MYSELF!

Ya! JGN DENGKI

Wednesday, October 28, 2009

Mencipta prinsip dan ketahanan diri

Banyak perkara berlaku diatas dunia ini yang berkisar dengan kehidupan kita. Kehidupan kita, kehidupan kita. Hidup memang tidak lari dari memerhati tentang diri sendiri. Hakikatnya semakin banyak kita merenung diri dan menginsafi, sebenarnya membawa kita kearah yang lebih baik. Jika merenung diri tetapi tiada perubahan apa-apa, baik panggil orang lain saja yang tolong "renungkan" kita. Bermaksud, kadang-kadang kita nampak diri sudah perfect, belum tentu.

Roda-roda putaran masa berlalu sangat cepat. Seolah setiap hari menunggu bila akan datang akhirnya. Setiap hari berfikir dengan segala macam masalah yang menyesak difikiran. Berfikir dan sentiasa berfikir. Sehingga satu saat terfikir, MALAS untuk BERFIKIR. Tetapi hakikatnya, Allah jadikan setiap kita bermacam masalah untuk difikirkan. Hikmahnya, supaya kita menjadi semakin sihat dan semakin segar. Kerana dengan datangnya masalah itu, jantung kita mula berdegup kencang, semakin kencang jika tidak nampak penyelesaian. Otak semakin ligat berfikir dan ketika itulah neuron ingatan semakin bercambah, menguatkan lagi ingatan kita. Apabila mula mendapat penyelesaian, jantung berdegup kencang lagi sehingga selesai masalah itu. Sepanjang tempoh "eddah" kita tadi sebenarnya proses semulajadi nyahtoksin yang tercipta untuk kita.

Sedikit cerita dari penulis. Ketika dahulu sebelum penulis membiasakan diri dengan kesibukan bisnes, penulis hanya seorang yang biasa sahaja. Cara berjalan yang ketika muda penulis cepat, menjadi semakin lambat, melambangkan betapa lambatnya otak berfikir. Sebenarnya kelambatan itu memberi kesan juga kepada ingatan penulis yang semakin lama semakin tidak baik. Selalu cepat lupa apa yang telah dilakukan. Seingat penulis, zaman muda tidak sebegitu, ketika rancak berfikir di musim peperiksaan atau ketika belajar di universiti. I am telling you, i am getting older if i am lessen the thinking works.

Sebenarnya, TIDAK ADA APA YANG NAK DIFIKIRKAN membahayakan kita. Jantung boleh berhenti berdegup kerana semakin perlahan dan otak berhenti pengaliran darahnya ke bahagian yang lebih rumit kerana kita tidak memaksanya untuk kesitu.

Anyway, growing up is a bit hard but NOT GROWING is stagnant and more painful.
Selamat menyambut Bulan Haji

Sunday, October 25, 2009

Event Seminar di Shangri-La Putrajaya

Sedikit penat.tapi makan sedap..hehehe..belasah makan banyak. tapi repetitive movement.

Sebenarnya ada sedikit kelam kabut, hari ini adalah hari reception majlis kahwin adik yang no 4 penulis. So everybody was very busy asking why i wouldnt come. and i feel sorry about that. But anyway, dia pun dah selamat nikah dah pun hari tu, dan balik rumah tadi dengar berita dia sudah 2 bulan pregnant. Okeyla tu.

Hari ini pada penulis yang paling tidak menarik adalah kerana kaki ini tidak boleh berjalan sebenarnya. Dan penulis paksa diri, tak tahulah orang perasan ke tidak yang penting control macho agar nampak normal. Hakikatnya bawah tapak kaki ini ada bahagian yang sudah berlubang dan kena mati kuman dengan letak asid, penulis pun tak tahu sebab apa. So memang slowly penulis berjalan kerana telah diberi tanggungjawab untuk menerangkan tentang BELALANG JUTA.

Yang menarik adalah design creative peserta menggayakan barang kemas yang lain dari katalog. Penulis boleh je design (that was actually my idea) tetapi tak seronok pulak, sendiri yang bagi idea sendiri yang menang, memang tak aci la kan.hehe..

So apa pun happy working for tomorrow. May your days ahead with blessings from Allah..

Tuesday, October 13, 2009

Burning Desire

Penulis bekerja keras hari ini, tetapi spt tips dari Pn. Sharifah Shawati tadi, you can make the fullest effort when you love your job. Apa sahaja yang kita buat, mesti kita sukakannya, atau belajar menyukainya. Penulis juga belajar menyukai dari dahulu lagi sehingga penulis merasakan ia sudah menjadi darah daging penulis.

Hebat sangat program dgn Pn. Sharifah tadi, i do think that we couldnt make it any better, hehe..
The best part is the tips that she gave, the encouragement dan prinsip yang di ketengahkan

Better be a tiger for one day than be a sheep for 100 days.

Secara jujur,penulis melihat dirinya seorang yang berilmu kerana banyak membaca. Dari ilmu itulah kita bersuara. Dan suara yang didengari oleh orang lain itu adalah suara yang penuh dengan maklumat. Intipati yang tepat dan tidak meleret-leret spt orang kehabisan idea.

The best thing we can do is that:
No need to talk too much but do and read a lot.

We will eventually carry and build the best thing inside us out and burning it, letting ourself to guide the desire, and get the best of ourself.

Do the best, we deserve it!

Sunday, October 11, 2009

Wawancara Bersama Celebriti - Sharifah Shawati

Isnin 12 Oct 09 830 mlm, semua di jemput hadir.

Penulis berasa meriah pula hujung minggu ini memang tidak lekang dari jemputan open house raya. Tidak seperti tahun-tahun lepas, tahun ini penulis cuba juga menghadiri jemputan dari kawan-kawan. Rupa-rupanya mereka memang menghargai kedatangan penulis.

Memang banyak kesilapan yang telah berlaku dalam kehidupan, tetapi kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan kerana telah menjadi sejarah. Hanya yang boleh adalah mengubah diri supaya tidak berlaku kesilapan yang sama.

Penulis akui, tidak pandai dalam hubungan kemasyarakatan, kerana penulis sudah biasa bertahun menjadi seorang yang menyendiri dan mementingkan diri sendiri. Tetapi sejak peninggalan arwah adik penulis di awal tahun ini, penulis mula belajar tentang kehidupan yang sebenar, mengerti hakikat menghargai setiap orang yang bersama penulis, kerana sudah tentu, kematian itu pasti untuk setiap yang bernyawa, tetapi sekurang-kurangnya, penulis boleh memberi kebaikan dan penghargaan kepada setiap yang berada disekeliling. Penulis sedar tidak ada gunanya kehidupan jika hidup sendirian.

Warnai hidup kita dengan bersama orang lain, memahami jiwa yang lain, menghargai setiap character manusia yang Tuhan jadikan begitu unik. Kadang-kadang kita rasa menyusahkan kerana rasa "apa perlu memahami orang?" kerana orang tidak akan memberi apa-apa faedah pada kita. Sebenarnya, kehidupan yang Tuhan jadikan memang unik, apabila kita cuba memahami keunikan itu, baru kita dapat merasai, HEBAT nya Tuhan, mencipta manusia yang berjuta ini dengan jutaan jiwa, jutaan masalah dan jutaan perasaan.

Memahami masalah orang memberi keinsafan, menziarahi saudara menenangkan jiwa dan perasaan, bermesra dan berbaik dengan orang lain merasa bahagia. Sukarnya seseorang itu hidup kerana dia hidup untuk diri nya sendiri, berfikir untuk dirinya sahaja dan tumpulnya idea untuk survive kerana merasakan dia seorang sahaja yang berupaya menyelesaikan masalah itu. Kadang-kadang Tuhan memberi kita masalah untuk diselesaikan supaya kita mengambil iktibar, menjadi kreatif dengan menjadi ceria, dan berkongsi bersama orang lain.

The moment that we have passed could not be returned to us, but anyway, we can change the future.


Saturday, October 10, 2009

Memahami Konsep Sistem Penjana

Dlm mana-mana multilevel mesti ada satu sistem yng telah dicipta untuk menjana pendapatan. Penulis cuba memahami sesungguhnya yang tersirat dan tersurat di dlm marketing plan syarikat ketika bermula dahulu, kerana dengan memahaminya sahaja baru kita boleh berjaya dan menjayakan orang lain.

Penulis adalah speaker tentang system marketing plan syarikat di center , dan esok penulis akan terjemahkan dalam bentuk kerja dan memahami yang tersirat, jam 9.30 pagi di kajang agensi.

Hari ini penulis sgt penat dan terpaksa minum b'young petang 2 packet, itupun tak power lagi bila dah sampai ke malam. Apa pun, penulis tetap ke center untuk mempelajari ilmu.

Satu tips dari penulis :
Orang yang sentiasa istiqamah dalam mencari ilmu, dia tidak akan lost, sentiasa bersemangat, sentiasa ber-idea, sentiasa up-to-date dan sentiasa menjadi orang yang advanced dan maju ke depan.

Friday, October 9, 2009

Memberi Kejayaan untuk Kejayaan

Hampir seminggu penulis tidak meletakkan new post. Sabtu dan Ahad lalu penulis ke pyramid tower untuk Seminar Kepimpinan Kebangsaan. Memang banyak input yang penulis belajar tentang pengukuhan kumpulan dalam MLM yang di sajikan sendiri orang Jutawan MLM Pn. Ramlah Abu Bakar. Satu perkara yang menarik minat penulis dipenghujung seminar ialah beliau membeli BMW 750 yang berharga 1.2 million dengan CASH!

Yang penting sekali pada penulis bukanlah kereta itu tetapi sikap bersabar dan bertahan menjayakan rangkaian, sehingga akhirnya mengutip fruits of labor tadi. Begitulah hakikat didalam dunia multilevel, tidak lari dari memberi kejayaan pada orang lain untuk berjaya. Juga konsep memberi diri untuk dijayakan.

Bagi penulis, Multilevel adalah perniagaan yang secara keseluruhannya berkait rapat dengan integriti, prinsip, kredibiliti dan juga maruah. Di dalam multilevel, ilmu kepimpinan sangat penting untuk membimbing kumpulan ke arah sistem yang sepatutnya. Kepimpinan berkait rapat dengan membimbing, kesabaran, komitmen dan juga kasih sayang.

Ramai diantara kita dan juga anda diluar sana yang tidak mengerti dengan konsep ini, begitu juga penulis dahulu. MLM ialah perkara asing, jauh dari perkara yang di atas, tetapi hanyalah standard yang rendah, menjual dan memaksa. Apa sekalipun yang kita rasai, itu adalah hak kita, kerana pada penulis tidak ada orang pun di atas dunia ini yang berhak mengkondem atau menghentam kita atas apa yang kita rasai atau alami.

The good thing about MLM is jika mahu berjaya terus berjaya dan berterusan berjaya bergenerasi, harus memberi kejayaan pada orang lain. Mereka yang berjaya diatas kerjasama dan campur tangan kita, akan mendoakan kejayaan kita juga.

Kejayaan membeli kejayaan

mm.. what say u then..?

Thursday, October 1, 2009

Melakukan yang terbaik !

1. Kenali diri untuk cipta keyakinan
Bertemu dengan customer adalah menjadi darah daging seorang yang melakukan marketing tidak kira perniagaan apa pun. Keyakinan boleh dilihat dari mata, bahasa yang di gunakan, dan cara percakapan. Sebenarnya,keyakinan juga boleh dialirkan kepada orang lain. Samada dia mahu atau tidak itu cerita lain.

2. Kenali hakikat kehidupan dan watak manusia
Setiap individu yang ditemui mempunyai character tersendiri dan unik. Tidak boleh kita membuat judgement yang tidak baik kepada customer. Biasanya 80% orang yang ditemui mempunyai pandangan yang 'lain' tentang orang yang melakukan bisnes multilevel. Hakikatnya kita tidak boleh meletakkan persepsi bahawa mereka tidak betul dan tidak patut berfikiran begitu, kita sendiri yang sebaiknya memberi pengetahuan tentang apa yang kita bawa kepada mereka. Samada dia mahu atau tidak, itu mesti diletak ketepi, yang penting mereka rasa disenangi dan dihargai sebagai seorang individu yang mempunyai idea sendiri.

3. Memahami reaksi sepatutnya tentang apa yang dihujahkan
The great things dalam proses bertemu dengan pelanggan bagi penulis adalah ketika adanya hujahan. Diwaktu inilah ilmu, pengalaman dan cara berkomunikasi kita teruji. Jawapan dan reaksi yang baik memberi input, pandangan dan persepsi yang baik pelanggan terhadap kita. Justeru, mencambahkan keyakinan mereka kepada kredibiliti kita.

4. Memahami bahasa badan
Bahasa badan kita yang baik dan air muka yang mesra menyenangkan hati orang yang menerima walaupun air muka nya dan bahasa badan nya seperti tidak menerima kehadiran kita. Apa yang penulis ingin katakan adalah, tepat memahami kehendak atau penolakan customer dari bahasa badan nya membuatkan kehadiran kita disenangi dan hubungan baik akan terbina, pemasaran automatik dari mulut ke mulut akan semakin meluas kerana cara yang profesional ini.

Untuk mempelajari secara detail setiap satu memerlukan masa dan praktikal. Melihat cara orang yang sudah banyak kali melakukan sangat penting supaya kita mendapat idea bagaimana mengolahnya dengan cara kita sendiri.


I am giving lectures and practical on this at Prima Saujana, Kajang Agensi

What say u?

Wednesday, September 30, 2009

Ingin "Pandai Bercakap"?

Dalam kehidupan kita seharian we cant afford to be "not to talk" for all the minutes of time. Setidak-tidaknya kita bersuara untuk bertanya "di mana berus gigi" atau "selamat pagi" atau pun secebis "hai" pada orang lain. Ada di antara kita juga yang melihat orang yang bercakap tidak henti ada bakat untuk membuat pemasaran atau perniagaan dengan baik dan menidakkan diri dengan berkata pada diri sendiri - ah, aku tidak boleh sebegitu. Memberi satu persepsi buruk kepada diri untuk tidak membuat satu perkara yang sangat menguntungkan.

"Pandai Bercakap" tidak termaktub untuk industri pemasaran sahaja. Sebenarnya, ia adalah kehendak dalam kehidupan. Ia lebih kepada personal touch dengan rakan-rakan atau dengan kata lain cara kita berkomunikasi dalam social life kita. Tidak semestinya orang yang bercakap tidak henti boleh berjaya dalam perniagaan multilevel, kerana industri ini bukan untuk memberitahu orang lain yang kita 'boleh bercakap' tetapi lebih kepada memberi hubungan yang baik sesama manusia, yang mana dari situ baru wujud kepercayaan, kemudian perniagaan.

Untuk belajar berkomunikasi dengan baik perlu ada beberapa step asas iaitu:-

1) Kenali diri untuk cipta keyakinan diri
2) Kenali hakikat tentang kehidupan dan watak manusia
3) Memahami bagaimana reaksi yang sepatutnya untuk setiap situasi/perkara yang dihujahkan
4) Memahami bahasa badan

Untuk belajar setiap satu dari yang tertera memerlukan masa, tetapi setiap detik yang kita belajar tidak akan merugikan kita, walaupun bukan untuk industri pemasaran, mungkin untuk diri kita sendiri, rasa disenangi dan boleh mix around. Penerimaan orang disekeliling kita boleh menjadikan kita lebih yakin dengan diri, tetapi untuk orang kenali dan terima kita dengan baik, kita perlu kenali dan terima dahulu siapa diri kita.

Orang yang menidakkan kelemahan diri dan sentiasa ingin orang lain lihat dirinya hebat, adalah orang yang lemah sebenarnya. Dia tidak berupaya untuk menerima dan mengakui sendiri kelemahan diri, menyebabkan lebih ramai orang melihat kelemahan dirinya. Dunia sekarang bukan kita berinteraksi/berkomunikasi dengan orang zaman batu yang tidak tahu apa-apa, dunia sekarang kita berhubung dengan orang yang setiap hari ilmunya semakin meningkat, sikapnya semakin diperbaiki, kehidupannya semakin baik, menyebabkan cara berfikir semakin baik. Jika kita masih berada pada sikap dan cara yang lama,yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada kita, tetapi kita tetap pertahankan sikap itu kerana kesombongan prinsip yang tidak berasaskan hadis dan sunnah Rasul, kita akan berada di zaman kuno selama-lamanya.

Percayalah, People change, we also need to change.

Penulis hanya memberi guideline yang terbaik dan untuk merealisasikan perkara diatas, banyak buku-buku dipasaran berkenaan dengan Kenali Diri, Bahasa Badan dan sebagainya. Kita perlu banyak membaca untuk menambah pengetahuan, dan hakikatnya orang yang selalu membaca otaknya sentiasa bekerja, justeru dia lambat nyanyuk ;) .

Next post penulis akan mengulas sedikit tentang 4 perkara diatas dan kaitannya dengan perniagaan multilevel.

Tuesday, September 29, 2009

Mendalami Konsep Multilevel

Multilevel (MLM) dahulunya bukan menjadi pilihan penulis kerana sepanjang keliling penulis tidak ada orang berjaya dalam MLM. Juga tidak ada orang berjaya memahamkan penulis tentang apa itu MLM.

Ramai juga yang menyangka MLM adalah Direct Selling. That's actually a subset of it. MLM lebih besar maknanya. Konsep pemasaran bertingkat, namanya pun bertingkat, adalah MEMANG bertingkat-tingkat. Maksudnya, kita boleh menjana pendapatan satu masa bergenerasi sehingga ke akhirnya. Tetapi tidak semua orang tahu bagaimana untuk menjana pendapatan bertingkat-tingkat ini.

Kelebihan pemasaran bertingkat ialah pendapatan akan terjana dengan sendirinya apabila sampai satu masa. 'Satu Masa' ini yang kebanyakan orang tidak boleh bertahan menunggu. Menunggu sahaja masa itu sampai juga adalah masalah sesetengah daripada kita. Kerana, penantian satu penyiksaan, lebih baik jgn menunggu tetapi terus melakukan sahaja apa yang sepatutnya dibuat untuk mendapat pendapatan auto jana ini.

Fruits of Labor, memang tepat seperti phrase ini, perniagaan pemasaran memerlukan 4 perkara dibawah baru boleh menikmati hasilnya.
1. Masa
2. Tenaga
3. Modal
4. Kesabaran

Apabila membaca prasyarat diatas, kadang-kadang penulis hairan, ada yang menjawab dalam hati ' wah aku tak ada masa!' , 'itulaaa, susaaahh buat multilevel ni..kena labur banyak benda..aku tak sanggup!'
Wow. Hakikatnya mana ada kerja yang tidak memerlukan masa, mana ada kerja yang tak perlukan tenaga, kesabaran dan modal. Masalah kita sebenarnya bukan tidak ada prasyarat itu tetapi paling utama adalah, bagaimana untuk memasarkan, ' kena pandai cakap dik, akak tak pandai..'

Next post penulis akan beri tips bagaimana untuk PANDAI BERCAKAP dan memasarkan product

Monday, September 28, 2009

Emosi dan Sikap

Hari ini penulis ingin coretkan sedikit berkenaan dengan sikap. Ada orang telah berasa hati kerana penulis menegurnya tentang sesuatu. Apa yang penulis perhatikan sedari dulu memang dia suka menasihati penulis walaupun tanpa diminta. Apapun penulis terima sahaja, jika baik diambil sebagai contoh, jika tidak penulis hanya abaikan sahaja. Selalu juga penulis ditegur itu dan ini oleh nya sehingga kadang-kadang rasa menyampah pun ada, tetapi penulis diamkan sahaja merawat diri sendiri dengan kata-kata yang positif sebab mungkin ada hikmahnya apa yang ditegur.

Kehidupan ini sebenarnya bila kita berada diatas kita selalu selesa, tetapi apabila dibawah kita benar-benar rasa tersepit dan teruji. Begitulah keadaannya. Penulis bukan senang-senang menegur sikap orang jika tidak mengganggu dan boleh diabaikan. Rupa-rupanya indah nasihat dari hakikat. Orang ini kadang-kadang suka menegur tetapi melenting bila ditegur. Lebih seminggu berlalu dia memang tidak boleh memandang penulis.

Satu hakikat apabila kita menjadi seorang pemimpin atau mula menasihati orang, kita harus terima kata-kata kita akan menjadi masin dan berbalik kepada diri kita sendiri. Adakah kita benar-benar seperti yang kita nasihatkan pada orang. Bukan orang menguji kita, tetapi Dia yang uji. Berbalik kepada kebersihan hati. Benar-benar ikhlas atau tidak bila diuji dengan perkara yang kita tidak suka. Tidak ada orang yang suka ditegur, tetapi jika terpaksa terima, banyakkan istighfar dan cuba ubah perkara yang tidak baik itu.

Selalu penulis terfikir, kadang-kadang kita terlalu banyak dipengaruhi emosi, menjadikan kita terus jatuh dan semakin jatuh, bukan kerana orang lain, tetapi diatas sikap kita sendiri. Cuba berprasangka baik dan meletakkan diri di pihak yang menegur. Kita akan rasa setiap orang ada haknya sendiri dan masing-masing ada stail nya yang tersendiri. Mungkin terkena pedasnya pada kita kerana Tuhan ingin menguji kesabaran dan niat kita yang sebenarnya.

Wednesday, September 23, 2009

Mengubah Persepsi

Selamat Hari Raya. Hari ini raya yang ke 3. Bagi diri penulis, ia suatu hari yang berlalu dengan penuh kemeriahan. Penulis ingin kongsikan sepanjang kepulangan penulis ke kampung ada beberapa perkara yang mengusik hati penulis. Sepanjang hidup ini penulis pernah cuba untuk mengubah beberapa perkara didalam kehidupan seseorang. Menjadikan ia yang terbaik seperti yang penulis fikirkan, atau pun menjadikan ia, mengikut fikiran penulis, adalah yang terbaik untuk dirinya.

Hakikatnya tidak ada sesiapa pun diatas dunia ini berhak menentukan bagaimana seseorang itu harus melalui kehidupan kecuali dirinya sendiri. Jika kita tidak menyukai sesuatu perkara, bukan kita berusaha mengubah perkara tersebut tetapi diri yang perlu berubah menukar persepsi terhadapnya. Berusaha mengubah persepsi menjadikan diri kita lebih baik dan rasa tidak stress dengan situasi. Belajar memahami dan menghormati hak-hak orang lain.

Antara hak-hak itu adalah hak menjadi diri sendiri, hak mempunyai stail sendiri, hak menjaga diri sendiri, dan hak berfikir yang terbaik untuk diri walaupun pada pandangan orang lain, ia bukanlah terbaik. Keyakinan diri orang yang bersama kita boleh terbina jika kita sentiasa membenarkan hak-hak itu dan bukan menidakkannya, dengan cuba membina mereka mengikut acuan kita. Hakikatnya, belajar menerima seadanya keadaan sekeliling dan berusaha membaiki diri dan persepsi sendiri, bukan mengubah orang menjadi diri yang kita suka.

Tuesday, September 15, 2009

Kenali peribadi

Penulis ingin berkongsi tentang satu situasi yang membuatkan diri rasa terfikir hari ini. Dalam keriuhan perjumpaan bersama kumpulan semalam, disebalik ramai orang yang berkongsi kehendak dan kemahuan masing-masing penulis melihat ada yang memberi harapan untuk diri sendiri, ada yang bercakap seperti ingin menunjukkan dia tidak kurang hebat, ada juga yang tidak mahu menjadi seperti orang yang tidak ada matlamat, lalu kedepanlah dia untuk menyampaikan hasrat nya.

Sudah pasti, matlamat boleh dicipta bila-bila masa yang penting kita memberi masa untuk mencapainya. Masa dan perancangan yang betul menjadikan kita tidak akan goyah dengan matlamat yang telah dicipta. Tetapi, apa yang penulis lihat semalam adalah satu kata-kata yang sekadarnya, bukan sesuatu yang perlu dijadikan nyata. Sekadar memenuhi syarat. Apa pun, biar masa yang menentukan kerana sikap dan cara orang bukanlah menjadi darah daging penulis.

Apa yang ingin dikatakan disini, ketika proses tadi penulis melihat lontaran semangat dari kata-kata, tetapi di satu situasi lain, melihat air mata dan kerendahan hati. Penulis sendiri tersentak dengan bisikan; " Sebenarnya saya mengagumi anda" . Tidak dinafikan setiap baris kata itu membuat penulis tergamam seketika sehingga terfikir.

Kadang-kadang disebalik keegoan seseorang, lahir hati nya yang tulus ikhlas ketika dia berasa sangat susah dan tidak tenteram jiwa. Selama 2 tahun lebih penulis menjadikan perniagaan sebagai kerjaya, tidak pernah terlintas dihati untuk dikagumi atau mengkagumi sesiapa. Tidak pernah terlintas untuk disayangi dan diberi perhatian oleh sesiapa di dalam kumpulan. Penulis hanya melakukan untuk diri sendiri dan belajar untuk sentiasa menghormati orang lain.

Hakikatnya, orang yang ingin sangat menonjolkan diri dan diberi perhatian sebenarnya jauh disudut hati mungkin telah kehilangan kasih sayang sejak dulu. Crowd semalam melaung-laungkan nama menyebabkan penulis tersenyum sendiri, kerana biasanya orang suka pada kita disaat kita cemerlang, tetapi ketika di musim kejatuhan, hinaan dan cemuhan orang membuatkan perjalanan seperti diatas deraian kaca.

Monday, September 14, 2009

Psikologi Realiti - Bayangan Stress

Mengunjungi pusat pentadbiran kerajaan memang pekerjaan penulis untuk menyebarkan perkara-perkara baik tentang perniagaan. Di antara banyak kunjungan, penulis ingin berkongsi satu perkara tentang (mungkin minoriti) kakitangan kerajaan. Kunjungan penulis kali ini banyak berkisar dengan kehidupan seorang yang berada dalam tahap ketegangan yang kronik (tension).

Seperti kehidupan orang lain, seorang pemakan gaji kerajaan akan sibuk dengan pelbagai tugasan yang diberikan. Kehidupan normal biasanya setiap tugasan diberi memang akan cuba diselesaikan dengan sebaik dan secepatnya dan merujuk kepada pihak atasan jika kurang memahami. Sikap yang bagus mendapat hati di pihak pengurusan dan akan diberi perhatian untuk kenaikan pangkat dan sebagainya.

Tetapi dikalangan sikap yang bagus ini ada juga yang sangat stress dengan kehidupan sendiri sehingga terbawa ke tempat kerja. Begitu perihatin dengan keadaan diri sendiri, ada juga yang stress sehingga terbayang-bayang ada makhluk lain yang mengganggu sehingga menyebabkan tidak boleh tidur. Mungkin berasa sangat stress dengan keadaan dirinya yang belum berpunya, beliau (perempuan) terlalu kontrol keadaan diri dan emosinya sehingga orang yang bercakap dengannya merasakan wah! skema nya - dan bagi diri penulis, dia bukan mempamerkan diri sebenar, kerana setiap patah yang keluar, hanya berpusing didalam lingkungan yang sempit, setiap idea yang keluar tidak lari dari pemikiran yang terkurung.

Hakikatnya dia juga menghadapi masalah dengan ketuanya yang mana pada penulis, ketuanya cukup baik dan open minded. Kalau diikutkan penulis ingin menasihati tetapi setiap apa yang dikata ibarat beku didalam minda nya. Masih ingin tinggal di dalam kotak stress yang sama, dia tidak dapat mengabaikan bayangan-bayangan hitam itu, tidak dapat menerima pendapat orang lain dan terus berusaha mengekalkan keadaan diri nya dan minta orang memahami.

Kadang-kadang orang seperti ini perlukan senyuman dan kehidupan yang lain, tetapi apakan daya jika sendiri tidak mahu keluar. Gelak ketawa tidak akan menjejaskan kredibiliti kita, senyuman dan gurauan tidak akan menjatuhkan darjat kita walau seinci pun, menggembirakan diri tidak akan memberi apa-apa yang memudaratkan. Jadi hiduplah dengan kehidupan. Jangan mati dalam waktu yang berjalan.

Psikologi Realiti - Ibu Tunggal

Diatas dunia ini Tuhan ciptakan pelbagai orang dengan pelbagai ragam. Salah satu yang Dia jadikan adalah seorang yang berstatus Janda, yang mempunyai sejarah tersendiri sehingga mencapai status itu.

Adapun ramai dikalangan perempuan yang berstatus itu mungkin dianiayai atau ditinggalkan suami, samada bercerai hidup atau mati, atau meminta untuk ditinggalkan (fasakh), dan telah mendapat tempat dihati masyarakat. Tetapi masyarakat juga menilai, bukan hanya menjadi pemerhati bebas, siapa yang patut diletakkan didalam kumpulan yang simpati , dihargai atau dikagumi. Ramai ibu tunggal yang berusaha dengan bersungguh-sungguh sepenuh jiwa kerana ingin membesarkan anak-anak dan mendapat kehidupan yang lebih baik. Masyarakat sangat menyanjungi ibu tunggal seperti ini sehingga boleh dinobatkan sebagai ibu mithali kerana perjuangannya.

Dalam ramai-ramai ibu tunggal yang berjuang, ada juga jenis-jenis ibu tunggal yang terlalu banyak bermain perasaan. Kadang-kadang mainan perasaan itu sehingga menyusahkan masyarakat sekeliling dan juga rakan-rakan terdekat kerana selalu menghantar SMS tentang kehidupannya yang kesepian dan juga ketidakcukupan hidup. Satu perkara yang nyata, apabila dinasihati, katanya kita tidak merasai sepertinya, hanya pandai bercakap sahaja. Kedegilan yang nyata dan keras hati ini memang membuatkan kadang-kadang rakan yang menasihati meninggalkan nya begitu sahaja.

Hakikatnya, dalam kehidupan kita, hidup atau mati kita hanya Tuhan yang menentukan. Orang berasa bangga dengan perjuangan, bukan dengan kesedihan yang dipamerkan. Sifat ingin orang menyayangi dan memberi simpati sepatutnya dibuang jauh ke tepi. Hidup mesti diteruskan dan perlu survive sendiri. Rakan yang telah membantu sangat banyak, harus berterima kasih dengan cara mendengar nasihat - nasihat yang baik yang boleh membantu untuk terus ke depan.

Telah nyata, bukan kejayaan penentu kepada sikap, tetapi sikaplah penentu kejayaan. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan sesiapa tetapi menyatakan pandangan penulis di atas kehidupan realiti selama hampir 4 tahun bergelumang dengan sikap manusia.

Thursday, September 10, 2009

Charming


Set emas putih harga RM540

Sunday, September 6, 2009

Emas Putih Saduran Rhodium

Ada beberapa sebab mengapa wanita menggemari barang perhiasan :-

1) Cantik
-Ingin kelihatan cantik dan menarik
-Emas itu sendiri cantik dan rasa ingin memiliki yang cantik itu :D

2) Status
-Tidak ada sesuatu dibadan sebagai perhiasan seolah melambangkan tidak ada apa-apa harta
-Melambangkan kemewahan yang dimiliki atau pangkat

Hakikatnya terpulang pada individu, ada juga yang tidak suka memakai apa-apa perhiasan di badan seperti penulis, yang pastinya kebanyakannya bukan seperti penulis. Mesti ada sekurang-kurangnya sebentuk cincin atau seutas rantai dileher atau gelang kristal atau seumpamanya. Memang hakikat wanita ingin kelihatan cantik dan dikata cantik. Apapun, semua terpulang pada diri sendiri bagaimana menilai diri. Penulis ada terbaca didalam majalah wanita : The beauty of a women relies on when she believes she is beauty. (gitulah kira-kiranya wording dia)

Sedikit info tentang emas putih : Emas Putih

Terbaru untuk musim perayaan, dan boleh di pakai bila-bila masa.

Range harga RM60 - RM 350

You can request for the clearer picture if you can't see it at ur end
Email me if interested to know further (eg. price)
TQ

Ps untuk lembah kelang:
You can request to see the real.

Monday, August 31, 2009

Kurma Jus


-Nyah toksin badan
-Bagus untuk berbuka puasa
-Rasa lain dari yang lain

Beri yang terbaik pada diri
Lebih baik minum air berkhasiat yang dibuat sendiri daripada beli air di luar yang belum tentu kebersihannya

RM 28.00
Penghantaran terus ke rumah

Sila email untuk pertanyaan lanjut . Terima Kasih


Monday, May 25, 2009

Minda-Diri Introduction

Hai, salam perkenalan dari Editor. Laman web ini mengandungi artikel tentang pandangan personal penulis dan tidak ada kaitan dengan sesiapa hanya sekadar untuk renungan dan motivasi pembaca. Penulis telah melakukan perniagaan pemasaran berperingkat (Multilevel Marketing) selama 2 tahun secara part-time dan 2 tahun lagi secara sepenuh masa. Apa yang penulis lukiskan disini adalah pengalaman secara realiti dan bukan berdasarkan teori dari buku. Hakikatnya ingin berjaya, teori dan praktikal mesti seiring bukan hanya membaca teori berjaya tetapi tidak berbuat apa-apa tidak akan berjaya. Selamat membaca, semoga apa yang ada disini boleh dimanfaatkan oleh semua orang, untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Yang baik itu, panjang-panjangkan, yang tidak baik itu harap mendapat komen peribadi dari pembaca. Terima Kasih.