WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Tuesday, December 29, 2009

Belajar dari pengalaman orang lain

Penulis banyak memerhati sejak kebelakangan ini. Memerhati tingkah laku manusia dan mendengar dengan prihatin sikap dan erti kata-kata yang diluahkan. Penulis mengkaji sedikit sebanyak bagaimana menangani satu-satu character manusia yang berbeza-beza.

Memerhati sahaja tanpa berfikir, tiada gunanya. Berfikir sahaja tanpa ilmu juga tiada jawapannya. Hakikatnya kehidupan kita akan datang perlu diisi ilmu hari ini supaya masa akan datang menjadi lebih baik. Sebab itu Tuhan pernah berkata - Tidak akan berubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri. Ubah masa depan bukan menentukan apa yang akan terjadi, tetapi memilih untuk menjadikannya lebih baik itulah yang sebenarnya.

Kadang-kadang penulis hairan bagaimana orang lain boleh berkata didalam diri bahawa 'akulah yang terhebat' sedangkan ramai lagi yang mempunyai lebih pengalaman dan kehebatan diluar sana. Mungkin ada sesetengah orang 'tidak mahu' belajar dari pengalaman orang lain, tetapi lebih suka meneroka dahulu, menjadi pioneer kepada pengalaman itu. Ya, mungkin, tetapi mustahil untuk menerokai semua pengalaman. Contoh mudah sahaja, orang yang tidak pernah berkahwin atau belum berkahwin, tidak akan ada pengalaman menjadi janda atau isteri no 2, dan hakikatnya seorang wanita, jarang yang mendoakan mempunyai pengalaman sebegitu. Pun begitu, masih ramai tidak mahu belajar dari pengalaman orang lain, merasakan diri terlalu hebat mengatur dan sebagainya. Hai manusia, dengarlah.. ketentuan bukan ditangan kita, kehebatan itu milik Tuhan.

Ramai orang menyangka panas hingga ke petang tetapi hujan ditengahari. Pada penulis, kalau ditakdirkan hujan tidak mengapa, mungkin ujian untuk kita, tetapi biarlah ada payungnya. Hujan mungkin menimpa, tetapi tidaklah basah kesemuanya.

Wednesday, December 23, 2009

Mencipta Diri Cemerlang

Apabila bertanya tentang cemerlang, ramai yang ingin melihat anak cemerlang dalam peperiksaan. Ramai sangat yang bercerita tentang ingin melihat gred anak tinggi, berusaha beri tuisyen supaya anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tetapi ramai yang tidak peduli tentang pentingnya menjadi cemerlang dalam kehidupan dan untuk diri sendiri. Begitulah masyarakat kita, ramai yang suka menunding untuk orang lain, berbanding diri sendiri. Dan apabila diutarakan untuk diri sendiri, ramai juga yang berkata "Engkau boleh lahhh.."

Jika fikir tentang diri ramai orang mengalah, tetapi jika fikir tentang anak, tiada siapa mahu mengalah. Hakikatnya, anak yang lahir dari ibu bapa yang kurang cemerlang kehidupannya biasanya, majoriti nya, kurang cemerlang juga. Ibu bapa adalah pendidik terbaik, dan kita adalah pemimpin contoh untuk anak-anak. Sebab itu ada istilah, kepimpinan adalah melalui tauladan yang ditunjukkan (KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN).

-to be continued-

Sunday, December 20, 2009

Don't Worry, I'll be very Excellent

Penulis sedang membaca satu buku hebat bertajuk Magnet Diri. Didalam buku tersebut (belum habis baca baru chapter 1) ada menceritakan bagaimana mencipta pengaruh yang hebat tanpa menggunakan pangkat atau jawatan, atau apa-apa posisi dlm masyarakat atau organisasi. Secara seimbas lalu, buku tersebut menggambarkan kepada penulis betapa pentingnya menjaga hubungan kemanusiaan.

Penulis hari ini, setelah bergelumang dalam bisnes Multilevel selama 4 tahun, boleh membuat kesimpulan, begitu banyak sebenarnya cabang-cabang ilmu yang belum penulis terokai. Hakikatnya untuk menjadi hebat dan berjaya, kita perlu melalui segala macam pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin yg. boleh menjadikan kita semakin bernilai.

Semalam penulis menghadiri satu seminar di PJ Hilton berkenaan dengan cara mencipta perubahan. Dalam apa yang penulis lihat, (pendapat penulis sendiri) ikon yang bercakap itu telah melalui pelbagai peristiwa kejatuhan dan kebangkitan yang menjadikan dia hari ini. Memberi ilmu dengan cukup excited, ingin melihat orang lain berjaya juga.

Satu perkara ingin penulis katakan. Setiap individu ingin menjadi cemerlang tetapi tidak mahu melalui pelbagai perkara kejatuhan dan kebangkitan. Bagi penulis, berkata untuk seseorang yang penulis hormati:-

" You pls don't worry about me. Give me chance to see, to feel and to strive through all the hard times and the down. I'm happy and i will survive. Give me chance to be excellent"

Kerana kadang-kadang, ibu bapa takut kita tergelunsur jatuh dan merasa kesakitan yang amat sehingga tidak boleh bangun-bangun lagi. Tetapi jangan lupa, ibu-bapa kita menjadi hebat begitu kerana mereka telah merasai kejatuhan dan merasai bagaimana peritnya luka itu. Mungkin kelukaan itu tidak sama, tetapi peristiwa itu, TETAP SAMA.

Monday, December 14, 2009

London

Penulis ingin ceritakan sedikit pengalaman yang 'trigger' me to tight on always to my career.

Disuatu ketika, penulis dan seorang sahabat berkunjung dari satu rumah ke rumah yang lain, tapi sayangnya tidak ada seorang pun yang berada dirumah. Tibalah sehingga ke satu rumah di Ampang - Grandview nama tempatnya. Penulis diberitahu, tempat ini berdekatan dengan rumah Rais Yatim (dihati penulis, mungkin orang kaya yang penulis ingin berjumpa ini).

Setiba nya dirumah tersebut, penulis melihat 2 buah kereta Jenama luar negara(rasanya) yang tidak ada dalam 'buku minda' penulis. Ringing the bell dan pintu pagar terbuka. Sedikit introduction sahaja dan yang selebihnya penulis tergamam melihat rumah yang begitu sempurna, cantik, sehingga hilang segala kata-kata. Tuan rumah seorang yang cantik, bergaya dan sedang memegang baju sejuk pink. Rupa-rupanya mereka sekeluarga sedang menunggu teksi untuk ke KLIA. Beg-beg bersusun di muka pintu. Walaubagaimana pun kami tidak dihampakan, dan diajak masuk ke dalam rumah. Interior design rumah yang mewah dan lain dari rumah yang biasa penulis kunjungi. Tepat sangkaan penulis, orang kaya adalah orang yang paling tidak sombong, berbanding orang biasa yang tidak berapa kaya.

Penulis mendapat gambaran, beliau menjaga anaknya begitu rapi. Musim sekolah ini, mereka akan berjalan-jalan di London selama 2 minggu, beriang -ria bersama-sama. Memberitahu penulis, sangat berbeza orang yang berduit dari yang biasa. Cuti sekolah paling tinggi pun melancong di Sungai Congkak, Langkawi, Mines Shopping, dsb, dengan kata lain - Cuti- cuti malaysia. Dan berbeza pemikiran anak-anaknya, tidak bercampur sangat dengan mat-mat rempit atau yang kaki-kaki lepak dijalanan, atau kaki rayau, atau kaki hisap rokok, atau ..atau.. atau..dsb. Anak-anak ini dicontrol dengan satu suasana family yang menyeronokkan sehingga tidak ada sebab ingin bersempoi-sempoi an di jalanan. Penulis tidak menafikan, ada juga dikalangan kita yang mendidik anak dengan sangat baik, termasuk family penulis sendiri. Walaupun tidak ada kewangan yang stabil, tetapi tetap berusaha sedaya mungkin memberi yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi apa yang penulis maksudkan bukan yang terbaik itu pergi luar negara tetapi, jika ada kesempatan dan peluang, tidak ada orang yang tidak ingin berkunjung ke sana, melihat keindahan ciptaan Tuhan, merasai indahnya salji, menghargai indahnya ciptaan Nya yang pelik-pelik, dan balik membawa seribu satu pengalaman dan pengajaran.

Hakikatnya, anak yang dibentuk islami, oleh ibu bapa yang mempunyai tahap kewangan yang stabil. kukuh dan banyak, akan terbentuk dengan baik dan hampir sempurna. Penulis salute this way of education and i do think, i'll do that in future. Hold on to the dreams and fight always for the future. Anak-anak akan rasa lebih dihargai bila mereka pandai istilah 'menghargai'.

Walaupun tidak dinafikan, ramai yang dikalangan masyarakat memberi statement ' anak orang kaya berlagak, tak campur dengan orang' - itu tidak menjadi masalah kerana, anak-anak ini di didik bukan dalam nursery yang ramai budak-budak, hari sabtu ahad nya sibuk dengan kelas persendirian tuisyen, cuti nya berkunjung ke all over the world. Hakikatnya hanya 1% sahaja anak-anak yang begitu, yang lain melalui kehidupan yang sama spt kebanyakan 99%, sebab itu, apabila perangai, dan aktiviti berbeza, mereka dikatakan 'pelik'. (statement ini untuk anak-anak orang kaya yg di didik secara islam)

Apa-apa pun mengejar kedudukan kewangan yang kukuh adalah tidak salah, mencari yang terbaik untuk family juga tidak pelik, tetapi yang pelik adalah, 'TAHU, tetapi BIARLAH'

Saturday, December 12, 2009

Membina Rangkaian 2010

This year of 2009 will nearly come to the end.

Segala permasalahan dan peristiwa tahun ini akan menjadi sejarah yang hebat untuk kita. Sepahit mana pengalaman tahun ini, segagah itulah patut kita bangkit untuk tahun hadapan. Seindah mana pun peristiwa tahun ini, pastikan tahun hadapan permulaan dan pengakhiran yang lebih baik jua.

Setiap orang bermula di tahun hadapan. Setiap orang juga berazam di tahun hadapan. Dalam membina kumpulan, keazaman untuk tahun hadapan sudah bermula di awalan lagi. Bukan masuk tahun lain baru mula berazam. Itu yang akhirnya azam terkubur tinggal kata-kata yang penuh tidak bermakna.

Janji tetap janji. Kota tetap kota. Bina tetap membina.

2009 - Penuh peristiwa bagi penulis. Mencipta pencapaian, yang bermula dari akhir tahun 2008 lagi. Perancangan penulis berhamparkan tawakal dan doa kepada Tuhan, berjuang sehingga akhirnya. Penulis berupaya meningkatkan prestasi dan quality diri di peringkat yang lebih cemerlang. Berjaya melepasi tahap TABUNG KERETA MEWAH dan Diamond International Forum- OSAKA Jepun.

Ditahun ini juga kepahitan jua perlu ditelan disebalik kejayaan. Awal tahun 2009 penuh peristiwa apabila adik kandung penulis meninggalkan kami secara tiba-tiba. Memang terkejut penulis sehingga kini sentiasa bermain difikiran, mengutip satu-persatu, pengajaran dari peninggalan arwah, apa-kah lagi HIKMAH dan pengajaran yang DIA ingin berikan padaku.

Ditahun ini juga, penulis melalui satu kemalangan yang dikira teruk juga, mujur masih bernyawa. Dan ketika ini dan mungkin ke akhirnya, penulis ingin kongsikan satu pengajaran dari pelbagai peristiwa :-

Hargai mata, tangan, organ badan dan segalanya yang Tuhan berikan didunia ini. Dia pinjamkan sementara sahaja, dan bersyukurlah ketika membuka mata setiap hari, kita masih boleh melihat siling rumah kita, boleh berjalan bersama keluarga, dan masih boleh menikmati dunia ini. Sebab itu usahakan setiap empat kerat yang kita ada, semuanya kepada yang bermanfaat, yang boleh dibawa ke dunia yang lain nanti. Hakikatnya kehidupan ini tidak lama, jadi, bersyukurlah ada orang menyayangi, boleh merasa kasih sayang, boleh menikmati segalanya. Sebab itu, setiap detik dan saat, jangan lupa mengingat Tuhan, Dia Pemberi dan Penentu Segalanya.

Tuesday, December 8, 2009

Menjadi diri sendiri

Penyanyi tersohor negara; Dato' Siti Nurhaliza. Penulis mengikuti setiap perkembangan beliau sehingga hari ini. Bukan kerana suaranya sahaja tetapi personalitinya. Beliau terus fokus dengan kehidupan dan perancangannya walaupun berjuta orang menentang dan memperkatakan tentang perkahwinannya. Beliau hanya menjadi dirinya sendiri.

Penulis melihat begitu ramai orang inginkan kejayaan tetapi cuba meniru menjadi orang lain. Cuba meniru suara Dato' Siti, cuba meniru MJ, cuba meniru personaliti lain yang telah terbilang namanya. Adakah kita sedar, setiap dari yang cemerlang itu, mereka hanya menjadi DIRI nya SENDIRI, mempunyai character tersendiri dan tidak meniru sesiapa - barulah akan terbilang. Setiap sikap atau kelemahan cuba diperbaiki walaupun orang berjuta mengata. Seperti dahulu, penulis pernah mendengar orang mentertawakan Dato' Siti kerana beliau tidak mahir berbahasa inggeris, tidak habis belajar dan sebagainya. Mentertawakan nyanyian beliau dan mempertikaikan banyak perkara.

Seperti juga diri kita, jika ingin menjadi cemerlang, perlu lalui pelbagai kutukan dan kata-kata orang yang menghina semangat, kelemahan dan diri kita. Tetapi selagi kita berusaha keras membaiki kelemahan dan tidak mengendahkan cemuhan orang, selagi itu kita berada di haluan fokus kita. Orang yang asyik berkata dan mempertikaikan kelemahan orang hanyalah orang yang tidak kenal diri sendiri, yang juga TIDAK KURANG banyak kelemahannya.

Oleh itu, menjadi DIRI SENDIRI sangat penting. Jangan biarkan terpengaruh dengan personaliti orang lain sehingga akhirnya kita dipijak-pijak, dihina kerana pilihan kita itu. Tetapi jika kita sudah melalui jalan itu dan tersedar, tinggalkan yang lama, KUTIP semangat baru, personaliti diri yang baru. Mengubah sesuatu itu sangat susah, tetapi jika ingin BERUBAH KERANA DIRI SENDIRI DAN BUKAN ORANG LAIN , ia menjadi satu perkara yang akan konsisten. Tidak perlu berkata pada orang bahawa "Aku telah berubah" atau "Aku akan berubah". Hanya tunding jari pada diri dan tanya, "sudah berubahkah aku?"

ps: cuba nyanyi satu lagu siti. adakah kita cuba meniru lenggok suaranya atau bagaimana? :D