WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Wednesday, February 17, 2010

Bulan Penentu

Sebulan sudah berlalu, ketiadaan pembantu dirumah sangat dirasai penulis, pentingnya dia ada disini. Membantu penulis mengurus segala. Memang terasa kekurangan. Apa pun mungkin "alah bisa tegal biasa".

Bulan ini penentu segala. Melihat jauh dihadapan, melihat juga diri penulis sendiri. Adakah masih ingin berada di tempat yang sama dengan tanpa risiko, atau berkorban menanggung risiko melonjakkan diri ke depan. Apa sahaja boleh berlaku. Penulis yang menentukan.

Didalam diri penulis ada dua kata-kata
1) Kata2 kurang semangat: "wajarkah aku standing in the eyes of the world?" wajar?
2) Kata2 ego diri : " Tidak boleh kalah dengan situasi, tidak boleh kalah dengan sesiapa, pasti berjuang melonjak, biar apa yang terjadi"

Prinsip diri : Stick to the decision, no matter what..

Wednesday, February 3, 2010

Matlamat Panjang, Matlamat Pendek

Semalam penulis bertemu muka bersama RCD, belajar mengenai program baru yang bakal dilancarkan. Secara keseluruhannya penulis melihat, setiap satu target yang diberikan kepada downline, mestilah mempunyai target pendek untuk mencapai target panjang, untuk memudahkan mereka mencapai. Hakikatnya tanpa target pendek, target panjang akan nampak samar.

Melakukan bisnes multilevel perlu mempunyai initiatif sendiri untuk mengembangkan perniagaan. Tetapi initiatif yang datang perlu ada gurunya, belajar mengikut track. Kemudian baru boleh fikir sendiri. Apa pun memang sesuatu yang besar, untuk menjadi seorang Jutawan Berganda bukan simply boleh main-main.

Hari ini penulis memilih untuk duduk dan berfikir untuk merancang kumpulan. Penat juga setelah 2 minggu lebih non-stop tanpa perancangan. Semakin ramai kumpulan perlu dijayakan. Mereka tidak tahu cara, yang tahu ini perlu berfikir jauh lagi.

Seronok running 'company' sendiri, membantu dan melatih bakal-bakal CEO. Penulis mengidamkan satu masa CEO ini akan melahirkan ramai lagi CEO sepertimana yang telah diajarkan, sbg hasil sentuhan penulis kepada mereka.