WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Tuesday, December 29, 2009

Belajar dari pengalaman orang lain

Penulis banyak memerhati sejak kebelakangan ini. Memerhati tingkah laku manusia dan mendengar dengan prihatin sikap dan erti kata-kata yang diluahkan. Penulis mengkaji sedikit sebanyak bagaimana menangani satu-satu character manusia yang berbeza-beza.

Memerhati sahaja tanpa berfikir, tiada gunanya. Berfikir sahaja tanpa ilmu juga tiada jawapannya. Hakikatnya kehidupan kita akan datang perlu diisi ilmu hari ini supaya masa akan datang menjadi lebih baik. Sebab itu Tuhan pernah berkata - Tidak akan berubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri. Ubah masa depan bukan menentukan apa yang akan terjadi, tetapi memilih untuk menjadikannya lebih baik itulah yang sebenarnya.

Kadang-kadang penulis hairan bagaimana orang lain boleh berkata didalam diri bahawa 'akulah yang terhebat' sedangkan ramai lagi yang mempunyai lebih pengalaman dan kehebatan diluar sana. Mungkin ada sesetengah orang 'tidak mahu' belajar dari pengalaman orang lain, tetapi lebih suka meneroka dahulu, menjadi pioneer kepada pengalaman itu. Ya, mungkin, tetapi mustahil untuk menerokai semua pengalaman. Contoh mudah sahaja, orang yang tidak pernah berkahwin atau belum berkahwin, tidak akan ada pengalaman menjadi janda atau isteri no 2, dan hakikatnya seorang wanita, jarang yang mendoakan mempunyai pengalaman sebegitu. Pun begitu, masih ramai tidak mahu belajar dari pengalaman orang lain, merasakan diri terlalu hebat mengatur dan sebagainya. Hai manusia, dengarlah.. ketentuan bukan ditangan kita, kehebatan itu milik Tuhan.

Ramai orang menyangka panas hingga ke petang tetapi hujan ditengahari. Pada penulis, kalau ditakdirkan hujan tidak mengapa, mungkin ujian untuk kita, tetapi biarlah ada payungnya. Hujan mungkin menimpa, tetapi tidaklah basah kesemuanya.

Wednesday, December 23, 2009

Mencipta Diri Cemerlang

Apabila bertanya tentang cemerlang, ramai yang ingin melihat anak cemerlang dalam peperiksaan. Ramai sangat yang bercerita tentang ingin melihat gred anak tinggi, berusaha beri tuisyen supaya anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tetapi ramai yang tidak peduli tentang pentingnya menjadi cemerlang dalam kehidupan dan untuk diri sendiri. Begitulah masyarakat kita, ramai yang suka menunding untuk orang lain, berbanding diri sendiri. Dan apabila diutarakan untuk diri sendiri, ramai juga yang berkata "Engkau boleh lahhh.."

Jika fikir tentang diri ramai orang mengalah, tetapi jika fikir tentang anak, tiada siapa mahu mengalah. Hakikatnya, anak yang lahir dari ibu bapa yang kurang cemerlang kehidupannya biasanya, majoriti nya, kurang cemerlang juga. Ibu bapa adalah pendidik terbaik, dan kita adalah pemimpin contoh untuk anak-anak. Sebab itu ada istilah, kepimpinan adalah melalui tauladan yang ditunjukkan (KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN).

-to be continued-