Isnin 12 Oct 09 830 mlm, semua di jemput hadir.
Penulis berasa meriah pula hujung minggu ini memang tidak lekang dari jemputan open house raya. Tidak seperti tahun-tahun lepas, tahun ini penulis cuba juga menghadiri jemputan dari kawan-kawan. Rupa-rupanya mereka memang menghargai kedatangan penulis.
Memang banyak kesilapan yang telah berlaku dalam kehidupan, tetapi kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan kerana telah menjadi sejarah. Hanya yang boleh adalah mengubah diri supaya tidak berlaku kesilapan yang sama.
Penulis akui, tidak pandai dalam hubungan kemasyarakatan, kerana penulis sudah biasa bertahun menjadi seorang yang menyendiri dan mementingkan diri sendiri. Tetapi sejak peninggalan arwah adik penulis di awal tahun ini, penulis mula belajar tentang kehidupan yang sebenar, mengerti hakikat menghargai setiap orang yang bersama penulis, kerana sudah tentu, kematian itu pasti untuk setiap yang bernyawa, tetapi sekurang-kurangnya, penulis boleh memberi kebaikan dan penghargaan kepada setiap yang berada disekeliling. Penulis sedar tidak ada gunanya kehidupan jika hidup sendirian.
Warnai hidup kita dengan bersama orang lain, memahami jiwa yang lain, menghargai setiap character manusia yang Tuhan jadikan begitu unik. Kadang-kadang kita rasa menyusahkan kerana rasa "apa perlu memahami orang?" kerana orang tidak akan memberi apa-apa faedah pada kita. Sebenarnya, kehidupan yang Tuhan jadikan memang unik, apabila kita cuba memahami keunikan itu, baru kita dapat merasai, HEBAT nya Tuhan, mencipta manusia yang berjuta ini dengan jutaan jiwa, jutaan masalah dan jutaan perasaan.
Memahami masalah orang memberi keinsafan, menziarahi saudara menenangkan jiwa dan perasaan, bermesra dan berbaik dengan orang lain merasa bahagia. Sukarnya seseorang itu hidup kerana dia hidup untuk diri nya sendiri, berfikir untuk dirinya sahaja dan tumpulnya idea untuk survive kerana merasakan dia seorang sahaja yang berupaya menyelesaikan masalah itu. Kadang-kadang Tuhan memberi kita masalah untuk diselesaikan supaya kita mengambil iktibar, menjadi kreatif dengan menjadi ceria, dan berkongsi bersama orang lain.
The moment that we have passed could not be returned to us, but anyway, we can change the future.