WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Saturday, December 12, 2009

Membina Rangkaian 2010

This year of 2009 will nearly come to the end.

Segala permasalahan dan peristiwa tahun ini akan menjadi sejarah yang hebat untuk kita. Sepahit mana pengalaman tahun ini, segagah itulah patut kita bangkit untuk tahun hadapan. Seindah mana pun peristiwa tahun ini, pastikan tahun hadapan permulaan dan pengakhiran yang lebih baik jua.

Setiap orang bermula di tahun hadapan. Setiap orang juga berazam di tahun hadapan. Dalam membina kumpulan, keazaman untuk tahun hadapan sudah bermula di awalan lagi. Bukan masuk tahun lain baru mula berazam. Itu yang akhirnya azam terkubur tinggal kata-kata yang penuh tidak bermakna.

Janji tetap janji. Kota tetap kota. Bina tetap membina.

2009 - Penuh peristiwa bagi penulis. Mencipta pencapaian, yang bermula dari akhir tahun 2008 lagi. Perancangan penulis berhamparkan tawakal dan doa kepada Tuhan, berjuang sehingga akhirnya. Penulis berupaya meningkatkan prestasi dan quality diri di peringkat yang lebih cemerlang. Berjaya melepasi tahap TABUNG KERETA MEWAH dan Diamond International Forum- OSAKA Jepun.

Ditahun ini juga kepahitan jua perlu ditelan disebalik kejayaan. Awal tahun 2009 penuh peristiwa apabila adik kandung penulis meninggalkan kami secara tiba-tiba. Memang terkejut penulis sehingga kini sentiasa bermain difikiran, mengutip satu-persatu, pengajaran dari peninggalan arwah, apa-kah lagi HIKMAH dan pengajaran yang DIA ingin berikan padaku.

Ditahun ini juga, penulis melalui satu kemalangan yang dikira teruk juga, mujur masih bernyawa. Dan ketika ini dan mungkin ke akhirnya, penulis ingin kongsikan satu pengajaran dari pelbagai peristiwa :-

Hargai mata, tangan, organ badan dan segalanya yang Tuhan berikan didunia ini. Dia pinjamkan sementara sahaja, dan bersyukurlah ketika membuka mata setiap hari, kita masih boleh melihat siling rumah kita, boleh berjalan bersama keluarga, dan masih boleh menikmati dunia ini. Sebab itu usahakan setiap empat kerat yang kita ada, semuanya kepada yang bermanfaat, yang boleh dibawa ke dunia yang lain nanti. Hakikatnya kehidupan ini tidak lama, jadi, bersyukurlah ada orang menyayangi, boleh merasa kasih sayang, boleh menikmati segalanya. Sebab itu, setiap detik dan saat, jangan lupa mengingat Tuhan, Dia Pemberi dan Penentu Segalanya.

Tuesday, December 8, 2009

Menjadi diri sendiri

Penyanyi tersohor negara; Dato' Siti Nurhaliza. Penulis mengikuti setiap perkembangan beliau sehingga hari ini. Bukan kerana suaranya sahaja tetapi personalitinya. Beliau terus fokus dengan kehidupan dan perancangannya walaupun berjuta orang menentang dan memperkatakan tentang perkahwinannya. Beliau hanya menjadi dirinya sendiri.

Penulis melihat begitu ramai orang inginkan kejayaan tetapi cuba meniru menjadi orang lain. Cuba meniru suara Dato' Siti, cuba meniru MJ, cuba meniru personaliti lain yang telah terbilang namanya. Adakah kita sedar, setiap dari yang cemerlang itu, mereka hanya menjadi DIRI nya SENDIRI, mempunyai character tersendiri dan tidak meniru sesiapa - barulah akan terbilang. Setiap sikap atau kelemahan cuba diperbaiki walaupun orang berjuta mengata. Seperti dahulu, penulis pernah mendengar orang mentertawakan Dato' Siti kerana beliau tidak mahir berbahasa inggeris, tidak habis belajar dan sebagainya. Mentertawakan nyanyian beliau dan mempertikaikan banyak perkara.

Seperti juga diri kita, jika ingin menjadi cemerlang, perlu lalui pelbagai kutukan dan kata-kata orang yang menghina semangat, kelemahan dan diri kita. Tetapi selagi kita berusaha keras membaiki kelemahan dan tidak mengendahkan cemuhan orang, selagi itu kita berada di haluan fokus kita. Orang yang asyik berkata dan mempertikaikan kelemahan orang hanyalah orang yang tidak kenal diri sendiri, yang juga TIDAK KURANG banyak kelemahannya.

Oleh itu, menjadi DIRI SENDIRI sangat penting. Jangan biarkan terpengaruh dengan personaliti orang lain sehingga akhirnya kita dipijak-pijak, dihina kerana pilihan kita itu. Tetapi jika kita sudah melalui jalan itu dan tersedar, tinggalkan yang lama, KUTIP semangat baru, personaliti diri yang baru. Mengubah sesuatu itu sangat susah, tetapi jika ingin BERUBAH KERANA DIRI SENDIRI DAN BUKAN ORANG LAIN , ia menjadi satu perkara yang akan konsisten. Tidak perlu berkata pada orang bahawa "Aku telah berubah" atau "Aku akan berubah". Hanya tunding jari pada diri dan tanya, "sudah berubahkah aku?"

ps: cuba nyanyi satu lagu siti. adakah kita cuba meniru lenggok suaranya atau bagaimana? :D