Seperti kehidupan orang lain, seorang pemakan gaji kerajaan akan sibuk dengan pelbagai tugasan yang diberikan. Kehidupan normal biasanya setiap tugasan diberi memang akan cuba diselesaikan dengan sebaik dan secepatnya dan merujuk kepada pihak atasan jika kurang memahami. Sikap yang bagus mendapat hati di pihak pengurusan dan akan diberi perhatian untuk kenaikan pangkat dan sebagainya.
Tetapi dikalangan sikap yang bagus ini ada juga yang sangat stress dengan kehidupan sendiri sehingga terbawa ke tempat kerja. Begitu perihatin dengan keadaan diri sendiri, ada juga yang stress sehingga terbayang-bayang ada makhluk lain yang mengganggu sehingga menyebabkan tidak boleh tidur. Mungkin berasa sangat stress dengan keadaan dirinya yang belum berpunya, beliau (perempuan) terlalu kontrol keadaan diri dan emosinya sehingga orang yang bercakap dengannya merasakan wah! skema nya - dan bagi diri penulis, dia bukan mempamerkan diri sebenar, kerana setiap patah yang keluar, hanya berpusing didalam lingkungan yang sempit, setiap idea yang keluar tidak lari dari pemikiran yang terkurung.
Hakikatnya dia juga menghadapi masalah dengan ketuanya yang mana pada penulis, ketuanya cukup baik dan open minded. Kalau diikutkan penulis ingin menasihati tetapi setiap apa yang dikata ibarat beku didalam minda nya. Masih ingin tinggal di dalam kotak stress yang sama, dia tidak dapat mengabaikan bayangan-bayangan hitam itu, tidak dapat menerima pendapat orang lain dan terus berusaha mengekalkan keadaan diri nya dan minta orang memahami.
Kadang-kadang orang seperti ini perlukan senyuman dan kehidupan yang lain, tetapi apakan daya jika sendiri tidak mahu keluar. Gelak ketawa tidak akan menjejaskan kredibiliti kita, senyuman dan gurauan tidak akan menjatuhkan darjat kita walau seinci pun, menggembirakan diri tidak akan memberi apa-apa yang memudaratkan. Jadi hiduplah dengan kehidupan. Jangan mati dalam waktu yang berjalan.
No comments:
Post a Comment