WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Tuesday, September 15, 2009

Kenali peribadi

Penulis ingin berkongsi tentang satu situasi yang membuatkan diri rasa terfikir hari ini. Dalam keriuhan perjumpaan bersama kumpulan semalam, disebalik ramai orang yang berkongsi kehendak dan kemahuan masing-masing penulis melihat ada yang memberi harapan untuk diri sendiri, ada yang bercakap seperti ingin menunjukkan dia tidak kurang hebat, ada juga yang tidak mahu menjadi seperti orang yang tidak ada matlamat, lalu kedepanlah dia untuk menyampaikan hasrat nya.

Sudah pasti, matlamat boleh dicipta bila-bila masa yang penting kita memberi masa untuk mencapainya. Masa dan perancangan yang betul menjadikan kita tidak akan goyah dengan matlamat yang telah dicipta. Tetapi, apa yang penulis lihat semalam adalah satu kata-kata yang sekadarnya, bukan sesuatu yang perlu dijadikan nyata. Sekadar memenuhi syarat. Apa pun, biar masa yang menentukan kerana sikap dan cara orang bukanlah menjadi darah daging penulis.

Apa yang ingin dikatakan disini, ketika proses tadi penulis melihat lontaran semangat dari kata-kata, tetapi di satu situasi lain, melihat air mata dan kerendahan hati. Penulis sendiri tersentak dengan bisikan; " Sebenarnya saya mengagumi anda" . Tidak dinafikan setiap baris kata itu membuat penulis tergamam seketika sehingga terfikir.

Kadang-kadang disebalik keegoan seseorang, lahir hati nya yang tulus ikhlas ketika dia berasa sangat susah dan tidak tenteram jiwa. Selama 2 tahun lebih penulis menjadikan perniagaan sebagai kerjaya, tidak pernah terlintas dihati untuk dikagumi atau mengkagumi sesiapa. Tidak pernah terlintas untuk disayangi dan diberi perhatian oleh sesiapa di dalam kumpulan. Penulis hanya melakukan untuk diri sendiri dan belajar untuk sentiasa menghormati orang lain.

Hakikatnya, orang yang ingin sangat menonjolkan diri dan diberi perhatian sebenarnya jauh disudut hati mungkin telah kehilangan kasih sayang sejak dulu. Crowd semalam melaung-laungkan nama menyebabkan penulis tersenyum sendiri, kerana biasanya orang suka pada kita disaat kita cemerlang, tetapi ketika di musim kejatuhan, hinaan dan cemuhan orang membuatkan perjalanan seperti diatas deraian kaca.

No comments:

Post a Comment