WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Monday, September 28, 2009

Emosi dan Sikap

Hari ini penulis ingin coretkan sedikit berkenaan dengan sikap. Ada orang telah berasa hati kerana penulis menegurnya tentang sesuatu. Apa yang penulis perhatikan sedari dulu memang dia suka menasihati penulis walaupun tanpa diminta. Apapun penulis terima sahaja, jika baik diambil sebagai contoh, jika tidak penulis hanya abaikan sahaja. Selalu juga penulis ditegur itu dan ini oleh nya sehingga kadang-kadang rasa menyampah pun ada, tetapi penulis diamkan sahaja merawat diri sendiri dengan kata-kata yang positif sebab mungkin ada hikmahnya apa yang ditegur.

Kehidupan ini sebenarnya bila kita berada diatas kita selalu selesa, tetapi apabila dibawah kita benar-benar rasa tersepit dan teruji. Begitulah keadaannya. Penulis bukan senang-senang menegur sikap orang jika tidak mengganggu dan boleh diabaikan. Rupa-rupanya indah nasihat dari hakikat. Orang ini kadang-kadang suka menegur tetapi melenting bila ditegur. Lebih seminggu berlalu dia memang tidak boleh memandang penulis.

Satu hakikat apabila kita menjadi seorang pemimpin atau mula menasihati orang, kita harus terima kata-kata kita akan menjadi masin dan berbalik kepada diri kita sendiri. Adakah kita benar-benar seperti yang kita nasihatkan pada orang. Bukan orang menguji kita, tetapi Dia yang uji. Berbalik kepada kebersihan hati. Benar-benar ikhlas atau tidak bila diuji dengan perkara yang kita tidak suka. Tidak ada orang yang suka ditegur, tetapi jika terpaksa terima, banyakkan istighfar dan cuba ubah perkara yang tidak baik itu.

Selalu penulis terfikir, kadang-kadang kita terlalu banyak dipengaruhi emosi, menjadikan kita terus jatuh dan semakin jatuh, bukan kerana orang lain, tetapi diatas sikap kita sendiri. Cuba berprasangka baik dan meletakkan diri di pihak yang menegur. Kita akan rasa setiap orang ada haknya sendiri dan masing-masing ada stail nya yang tersendiri. Mungkin terkena pedasnya pada kita kerana Tuhan ingin menguji kesabaran dan niat kita yang sebenarnya.

2 comments:

  1. aik...dah lama rupanya ya...baru sekarang bertemu hehehe

    ReplyDelete
  2. hohohoooo...saya ada masukkan link blog akak pada column sebelah kanan. very useful tips to share with others.

    ReplyDelete