WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Monday, September 14, 2009

Psikologi Realiti - Ibu Tunggal

Diatas dunia ini Tuhan ciptakan pelbagai orang dengan pelbagai ragam. Salah satu yang Dia jadikan adalah seorang yang berstatus Janda, yang mempunyai sejarah tersendiri sehingga mencapai status itu.

Adapun ramai dikalangan perempuan yang berstatus itu mungkin dianiayai atau ditinggalkan suami, samada bercerai hidup atau mati, atau meminta untuk ditinggalkan (fasakh), dan telah mendapat tempat dihati masyarakat. Tetapi masyarakat juga menilai, bukan hanya menjadi pemerhati bebas, siapa yang patut diletakkan didalam kumpulan yang simpati , dihargai atau dikagumi. Ramai ibu tunggal yang berusaha dengan bersungguh-sungguh sepenuh jiwa kerana ingin membesarkan anak-anak dan mendapat kehidupan yang lebih baik. Masyarakat sangat menyanjungi ibu tunggal seperti ini sehingga boleh dinobatkan sebagai ibu mithali kerana perjuangannya.

Dalam ramai-ramai ibu tunggal yang berjuang, ada juga jenis-jenis ibu tunggal yang terlalu banyak bermain perasaan. Kadang-kadang mainan perasaan itu sehingga menyusahkan masyarakat sekeliling dan juga rakan-rakan terdekat kerana selalu menghantar SMS tentang kehidupannya yang kesepian dan juga ketidakcukupan hidup. Satu perkara yang nyata, apabila dinasihati, katanya kita tidak merasai sepertinya, hanya pandai bercakap sahaja. Kedegilan yang nyata dan keras hati ini memang membuatkan kadang-kadang rakan yang menasihati meninggalkan nya begitu sahaja.

Hakikatnya, dalam kehidupan kita, hidup atau mati kita hanya Tuhan yang menentukan. Orang berasa bangga dengan perjuangan, bukan dengan kesedihan yang dipamerkan. Sifat ingin orang menyayangi dan memberi simpati sepatutnya dibuang jauh ke tepi. Hidup mesti diteruskan dan perlu survive sendiri. Rakan yang telah membantu sangat banyak, harus berterima kasih dengan cara mendengar nasihat - nasihat yang baik yang boleh membantu untuk terus ke depan.

Telah nyata, bukan kejayaan penentu kepada sikap, tetapi sikaplah penentu kejayaan. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan sesiapa tetapi menyatakan pandangan penulis di atas kehidupan realiti selama hampir 4 tahun bergelumang dengan sikap manusia.

No comments:

Post a Comment