"Pandai Bercakap" tidak termaktub untuk industri pemasaran sahaja. Sebenarnya, ia adalah kehendak dalam kehidupan. Ia lebih kepada personal touch dengan rakan-rakan atau dengan kata lain cara kita berkomunikasi dalam social life kita. Tidak semestinya orang yang bercakap tidak henti boleh berjaya dalam perniagaan multilevel, kerana industri ini bukan untuk memberitahu orang lain yang kita 'boleh bercakap' tetapi lebih kepada memberi hubungan yang baik sesama manusia, yang mana dari situ baru wujud kepercayaan, kemudian perniagaan.
Untuk belajar berkomunikasi dengan baik perlu ada beberapa step asas iaitu:-
1) Kenali diri untuk cipta keyakinan diri
2) Kenali hakikat tentang kehidupan dan watak manusia
3) Memahami bagaimana reaksi yang sepatutnya untuk setiap situasi/perkara yang dihujahkan
4) Memahami bahasa badan
Untuk belajar setiap satu dari yang tertera memerlukan masa, tetapi setiap detik yang kita belajar tidak akan merugikan kita, walaupun bukan untuk industri pemasaran, mungkin untuk diri kita sendiri, rasa disenangi dan boleh mix around. Penerimaan orang disekeliling kita boleh menjadikan kita lebih yakin dengan diri, tetapi untuk orang kenali dan terima kita dengan baik, kita perlu kenali dan terima dahulu siapa diri kita.
Orang yang menidakkan kelemahan diri dan sentiasa ingin orang lain lihat dirinya hebat, adalah orang yang lemah sebenarnya. Dia tidak berupaya untuk menerima dan mengakui sendiri kelemahan diri, menyebabkan lebih ramai orang melihat kelemahan dirinya. Dunia sekarang bukan kita berinteraksi/berkomunikasi dengan orang zaman batu yang tidak tahu apa-apa, dunia sekarang kita berhubung dengan orang yang setiap hari ilmunya semakin meningkat, sikapnya semakin diperbaiki, kehidupannya semakin baik, menyebabkan cara berfikir semakin baik. Jika kita masih berada pada sikap dan cara yang lama,yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada kita, tetapi kita tetap pertahankan sikap itu kerana kesombongan prinsip yang tidak berasaskan hadis dan sunnah Rasul, kita akan berada di zaman kuno selama-lamanya.
Percayalah, People change, we also need to change.
Penulis hanya memberi guideline yang terbaik dan untuk merealisasikan perkara diatas, banyak buku-buku dipasaran berkenaan dengan Kenali Diri, Bahasa Badan dan sebagainya. Kita perlu banyak membaca untuk menambah pengetahuan, dan hakikatnya orang yang selalu membaca otaknya sentiasa bekerja, justeru dia lambat nyanyuk ;) .
Next post penulis akan mengulas sedikit tentang 4 perkara diatas dan kaitannya dengan perniagaan multilevel.
No comments:
Post a Comment