Apa sahaja diri kita diwaktu itu, kita yang fikirkan. Bukan orang lain. Bukan takdir. Tetapi hanya diri kita. Sejauh mana kita melihat diri, sejauh itulah kita mengenalinya. Sejauh mana kita kenali, sejauh itulah kita fikirkan diri kita.
Sebab itu ada orang berupaya menaikkan dirinya hanya dengan keupayaan fikirannya. Sebab itu ada orang boleh menjadi lemah dan serendahnya, hanya kerana dia berfikir dia adalah begitu. Begitu lah hakikat kekuatan mental. Tidak dipengaruhi oleh fizikal. Tinggi atau rendah, cantik atau tidak, besar atau kecil, mental itulah yang tinggi nilainya.
Walaubagaimanapun untuk bangkit dari keretakan hati, kelukaan jiwa yang dalam, keruntuhan perasaan, bukan semudah yang disangka. Perlu ada kekuatan jiwa yang hanya Dia yang tahu. Perlu ada mental yang kuat, kerana kelemahan itu Dia yang tahu. Sabarlah dan doalah, semoga dengan kejatuhan terbangkitnya semangat dan ketabahan jitu yang Dia takdirkan sebagai memperkenankan doa kita.
Faz, paragraph terakhir tu memang betul sangat sangat hehehehe
ReplyDeletehahahahahaaa
ReplyDelete