Kalau kita melihat dari sudut yang positive, kemeriahan dan inginkan pengalaman 'merasai' sambutan itu, mungkin ia akan memberi sesuatu yang benefit untuk kita, menghilangkan stress atau satu pengalaman baru untuk kita. Ya, mungkin bagus. Tetapi kita juga mungkin boleh menilai sendiri pengalaman itu berguna untuk apa? Membantu kita untuk bercerita pada generasi muda untuk tidak membuang masa menyambut tahun baru atau berfoya-foya bercampur tanpa batasan selepas itu? Ya, That's maybe a very good reason.
Alkisah tentang sambutan ini, peribadinya, penulis tidak pernah menyambut apa-apa, harijadi ke, anniversary ke, apatah lagi Tahun Baru. Penulis hairan juga melihat orang yang beria-ria menyambut gila-gila, wishing everybody, tetapi kehidupannya tetap tidak berubah dan sama sahaja dari tahun ke tahun. So, what's the point of celebrating? Hanya sekadar memuaskan diri sendiri? Social Life?
Well, perjalanan hidup ini bermula dengan niat, jika niat kita ikhlas sambutan itu untuk kebaikan di jalan yang diredhai Tuhan, so we just proceed. Hakikatnya kita sudah bijak menilai sendiri, tetapi kita kadang-kadang ambil enteng sahaja, menganggapkan masa untuk kita masih banyak lagi, we just enjoy!.
Sayang, hidup akan mati jika jiwa mati. Selamanya bukan boleh bernafas seperti ini, selamanya tidak akan boleh berjalan seperti ini, selamanya tidak mungkin boleh bersuara seperti ini. Perlu sedari, biar berapa banyak pun kesilapan kita, betapa tingginya gunung dosa kita, betapa dalamnya luka hati kita, sentiasa ada Dia menanti, melihat sejauh mana kita boleh pergi, sehingga akhirnya nafas ini di tarik kembali, adakah diwaktu itu hati dan perasaan kita sentiasa bersamaNya atau semakin melupakan asal kejadian dan matlamat penciptaanNya .
No comments:
Post a Comment