WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Thursday, January 7, 2010

Pasti Dalam Genggaman

Orang kata "pegang bara api biar sampai jadi arang"
Orang kata " seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"
Orang kata "alang-alang berdakwat biar hitam"

Penulis membicarakan tentang phrasa yang diperkenalkan kepada kita sedari dulu. Memberi makna yang sangat mendalam. Bara api yang panas di pegang sampai jadi arang..Wow.. Bermaksud sesukar mana pun, alang-alang dah pegang, biar ia sampai ke akhirnya. Jangan berputus asa ditengah jalan.

Ramai orang terfikir, melakukan perniagaan adalah untuk orang yang berani mengambil risiko, ada pengalaman, 'otak bisnes', pandai cakap, ada masa dan banyak lagi. Pada penulis, setiap satu yang kita hadapi adalah perkara baru yang perlu dipelajari, sekuat mana azam kita untuk belajar dunia baru itu, menentukan kejayaan kita menerokainya. Penulis juga beranggapan, tidak perlu ada pengalaman untuk melakukan sesuatu, tidak perlu menunggu datangnya 'bakat' baru boleh menerokai. Apa yang penting adalah berniat dan bertawakal, tekad dan bulat semangat, pasti apa sahaja yang kita lakukan akan membuahkan kejayaan.

Penulis teringat dahulu dizaman penulis belajar di Multimedia University. Penulis tidak mempunyai ramai kawan. Tidak ada yang betul-betul sehati sejiwa dengan penulis. Dan itu tidak menjadi masalah kerana penulis tidak suka sangat menunggu kengkawan ini bersiap jika perlu keluar kemana-mana. Selayaknya, masa kita, kita yang tentukan, bukan dibuangkan dengan menunggu 'persiapan' orang yang belum tentu menyumbang apa-apa. Memang penulis berhati batu dan mementingkan diri.

Hakikatnya penulis tidak perlu fikir tentang apa yang orang lain fikirkan tentang penulis. Hanya melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain. Selagi penulis tidak melanggar batas-batas syariat, I will go on. Membuat keputusan untuk berhenti kerja bukan sesuatu yang mudah. Pada hemat orang biasa, sudah gila orang ini. Pada hemat penulis, adakah kita gila jika memberi ruang kepada diri setelah berkhidmat bertahun untuk orang lain, setelah memberi segala masa yang ada setiap hari untuk sebuah syarikat yang belum tentu jika kita sakit akan datang menjaga kita setiap hari sebagai membalas jasa diatas 'keikhlasan' kita bekerja.

Adakah salah kita jika syarikat orang lain tidak maju kerana keluarnya kita dari syarikat itu?
Adakah salah kita jika staff yang kita tinggalkan tidak tahu buat kerja dan terkapai-kapai setelah kita tinggalkan mereka?
Adakah salah kita jika apa yang kita lakukan menjadi buah mulut kritikan orang lain yang dulunya sehati sejiwa dengan kita bekerja bersama di pejabat?

Adakah setiap hari yang berlalu untuk kita atau untuk melihat masa itu tidak pernah dalam genggaman kita

Wow. Sangat kuat perasaan penulis mengatakan, tidak perlu segalanya, yang penting kita buat yang terbaik kepada diri pasti segalanya di hujung jari kita

No comments:

Post a Comment