WARNA-WARNI SEMINAR

Motivation

"Set a goal and hold on to your dreams no matter what, even when you have failed many times before, even when you feel hopeless, even when it seemed endless, never for once give up" -Pujangga Jutawan

Thursday, January 21, 2010

Nice to see, hard to handle

Membina dan membentuk orang bukan mudah. Penulis sekarang dalam proses membina group baru, line baru, disamping menjaga dan memperkasa yang sedia ada. Bekerja dengan orang baru memang bagus kerana ramai kenalan baru yang dijumpai, cuma membentuk itu memang sedikit pahit. Kerana setiap orang mempunyai perasaan yang berbeza.

Ada orang tidak boleh ditinggikan suara padanya, dia akan menangis. Ada orang tidak boleh tersalah cakap padanya, dia akan cepat sangat tersinggung. Ada orang yang tak boleh mendengar dengan baik, jadi, cakap banyak pun tak guna, dia tak dengar dan tak boleh reply dengan baik. Ada orang nak buat bisnes tetapi suka mengarah-ngarah dan rasa sangat pandai. Ada orang memang tahu tak pandai, tapi suka memandai-mandai. Macam-macam. Kadang-kadang penulis tergelak sendiri didalam kereta, dan penulis rasa, kereta ini menjadi saksi perjalanan dunia baru penulis yang lebih mencabar.

Untuk ke arah pangkat yang baru, tentulah pengalaman yang baru, citarasa yang baru, perasaan yang baru. Akhir 2010, bakal menyaksikan penulis berada di tahap tertinggi, jika Tuhan izinkan masih bernyawa.

No comments:

Post a Comment